KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 13, 2008

Kikis orientasi 'Umno itu duit, duit itu Umno'

MStar | Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

"Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.


Ghazali berkata, walaupun ada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tetapi ia tidak memberi kesan besar kerana hanya melibatkan beberapa orang ahli dan bukan menyeluruh.

"Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

"Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata 'alah, dia cakap, dia pun buat juga'... itulah yang membimbangkan," katanya.... selanjutnya.
Wakakakk .... kalau nak kikis rasuah politik dalam UMNO, kena kikis pemimpin UMNO dulu.
Lepas kikis ini yang akan berlaku.

"Hello boleh cakap dengan Ketua Bahagian." kata Rakyat.
"tak der cik ... dah kena pecat", kata SUARA
"Timbalannye?" tanya rakyat.
"Pun dah kena pecat.", kata SUARA
"Ketua Cawangan ada tak?", tanya rakyat.
"Dah kena pecat.", kata SUARA
"Timbalannya ", tanya rakyat.
"Dah kena pecat jugak Encik", kata SUARA
"Siapa yang ada?", tanya rakyat.
"Kerani pun tak der...", kata SUARA
"Saya cuma komputer ... sila tinggalkan pesanan ini selepas nada 'beeep'.", kata SUARA

Wakakakaka !!!

2 comments:

Anonymous said...

aduh pedihnya
Huahauhhhaaahaha

Gelombang Rakyat said...

Sebab dok kikis Lah

Semakin bertambah memberi semakin banyak kepada semakin ramai...

Posting terkini

Blog Archive