menerusi email
Sajak ni aku buat mada Tingkatan 3, sekolah menengah kebangsaan kampung ulu gendol
Nama guru kelas : Cikgu Abdul Rahman Kurakutui
Kerana sajak ni lah aku fail Bahasa Malaysia. Dan cikgu besaq suruh masuk bilik guru kena rotan.
Che Det ...
Hang buat apa kecoh kecoh
Lupakan kisah silam kuasa hang
Hang duduk ghumah makan saja ubi rebus cicah sambai tumih
Di waktu petang angin sepoi sepoi bahasa
Hang tak reti bahasa?
Che Det ...
Sampai bila hang nak main politik
Baik hang jaga cucu baik baik
Cucu hang rindu kat hang
Belai mesra seorang atuk yang tak pernah di rasa
tukaq lampin, cuci cadaq, pasang pelita masa raya
Che Det ...
Hang buat apa kacau orang lain
Suka depa la nak buat apa
Nak pelingkup umno atau nak juai semua
itu depa punya hal
Hang dulu pun apa kurang
Che Det ...
Hang dah kaya
Hang pi la main kuda
Lupakan soal politik
Hang pun bukan boleh tongkat dunia
Semata mata hang nak jadi lebih kaya
Habis kan duit simpanan beli barang
Cukup bulan hang makan saja duit pencen
Che Det ...
Ohh kau lah harapan bangsa
Harapan yang tak dak harapan langsung
Untuk bekaih seorang pemimpin yang dipuja
Buat mengenang segala jasa
(p/s: cikgu tolong bagi luluih, tak dapat A, dapat B pun jadi la)
Sajak ini telah menjadi kontroversi di sekolah untuk beberapa tahun. Rekod ini masih aku pegang sampai hari ini.
1 comments:
aku bagi
AAA+++++++++++++++
Post a Comment