Bharian | Bahasa Melayu akan menjadi bahasa melukut di tepi gantang jika Kementerian Pelajaran meneruskan keputusan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Ada menteri yang tak paham ni ... wakakak
Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang membantah keputusan itu sekeras-kerasnya, berkata bahasa Melayu tidak sepatutnya dipinggirkan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak berkata, setakat ini tiada bukti bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak dapat bersaing hingga ke peringkat lebih tinggi.... selanjutnya.
BETUL LA TU.
5 hours ago
2 comments:
Aku sebagai pendidik yang terlibat secara langsung mengajar kedua-dua subjek ini naik muak dengan perdebatan "nak tukar, tak tukar balik ke pengajaran Sains & Matematik" dalam Bahasa Melayu. Secara personal aku boleh mengajar dalam kedua-dua bahasa dengan baik tanpa sebarang masalah.
Kenapa yang nak dirumitkan lagi keadaan? Yang susahnya adalah pelajar kita juga nanti. Mereka, termasuk juga guru-gurunya sekali dijadikan seolah-olah sebagai bahan eksperimen pada orang-orang atasan yang tak reti nak menilai buruk baik memperkenalkan sesuatu dasar sebelum ianya di implimentasikan, lepastu kecoh sana sini. Semuanya bukan apa, sedar tak sedar pendidikan sekarang juga telah dipolitikkan.
Cadangan aku cukup simple. Daripada bertelagah sampai ke bilapun tak tahu, buat aje macam ini. Tukar balik ke sistem pendidikan ynag lama, iaitu mewujudkan dua aliran, Sekolah aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Inggeris. Sesiapa ynag nak anak mereka belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu gi lah hantar anak ke sekolah aliran bahasa Melayu dan siapa yang nak anak mereka belajar dalam bahasa Inggeris hantar ke sekolah alran B. Inggeris. Begitu juga dengan gurunya, kalau tak confident mengajar dalam Inggeris boleh mengajar di sekolah aliran B. Melayu. Habis cerita.
Tengok buletin utama,matapelajaran maths menunjukkan penurunan.Patut dikaji balik.Penuntut yang mendapat banyak A tu dari sekolah bandar atau luarbandar?Kami ibubapa merasa risau bukan terhadap matapelajaran BI itu sendiri.Anak saya tidak pernah bawa markah merah untuk subjek BI tetapi merah untuk subjek matematik.Mengapa jadi begini?Dah terbukti semenjak aliran kebangsaan bermula tahun 1970,ramai murud-murid Melayu mendapat keputusan baik dalam subjek matematik dan sains.Angkasawan negara pun belajar 2 subjek ini dalam bahasa Melayu.Sekarang kita dah mengundur ke belakang pulak.Jangan diikut cakap Pak menteri tu,anak-cucu mereka belajar kat international school atau oversea,jadi tak tau permasalahan orang luarbandar yg serba-serbi kekurangan ini.Yang ruginya anak-anak Melayu juga,bukannya bangsa lain.Melayu yang menindas Melayu.
Post a Comment