KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 13, 2008

Tidak perlu tangkap AYAH PIN?

Ayah Pin Kini Berada Di Terengganu, Kata Polis
Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhamad, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata bahawa tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.... bernama
Dengan keluarnya berita ini baru aku tau selama ini memang tiada arahan di keluarkan untuk tangkap Ayah Pin. Adakah Ayah pin memang BAPAK kepada pemimpin tertentu?

Dan kenyataan seterusnya mengatakan Ayah Pin sebelum ini berada di Thailand. Korang ingat macamana Ustaz Ashaari pemimpin Al Arqam di tangkap di Thailand dulu? Kalau nak seribu daya, tak nak seribu daleh.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive