KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

BEBAS MEDIA UNTUK BEBAS DARI RASUAH

Diseluruh dunia setuju dengan kenyataan bahawa kebebasan media penting untuk mendedahkan unsur rasuah sesebuah negara. Apabila rasuah di dedahkan, maka tugas BPR menyiasat dengan ketelusan tanpa mengambil kira pangkat dan jawatan. Mungkin kenyataan sebegini tidak disetujui oleh pemimpin Malaysia, kerana mungkin mereka pun tidak berhajat untuk mendedahkan aib sendiri.

Buktinya adalah kenyataan Timbalan Presiden di Indonesia.

"Kami mempunyai akhbar yang cukup bebas sekarang. Memang ia boleh menimbulkan masalah kepada pemerintah tetapi ia baik dalam mendedahkan rasuah," katanya kepada anggota lembaga eksekutif Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik (OANA) di Istana Naib Presiden di sini.
petikan: MSTAR



Namun berita sebegini, setakat pengetahuan UMUM dan bukan untuk dipraktikkan. Ianya boleh dikategorikan sebagai "BERITA MEMBAZIR".

Tak hairan kalau rakyat Indonesia mengutuk rakyat negara kita yang sering ditipu hidup hidup oleh Berita Arus perdana.

Bila bercerita tentang rasuah, ada pulak pemimpin yang tiba tiba bersemangat. Tapi setakat cakap tak guna, rujuk berita berikut: -

Tindakan tegas tangani rasuah
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam menangani masalah rasuah dan salah laku membabitkan hakim dan kakitangan mahkamah serta mahu semua badan berkaitan perundangan 'dibersihkan' daripada gejala rasuah. [+]
Entah ke faham atau tidak apa yang dia katakan. Takut takut rasuah yang dimaksudkan ada kategorinya. Yang bawah kena, yang atas lepas. Hahhhh.....berapa banyak file yang tak tersentuh, berapa banyak file yang tidak diusik. Dimalaysia nihhh....kalau hendak cerita benteras rasuah, rasanya dah jemu telinga nak dengar. Sebab setakat cakap semua boleh buat. Yang susahnya bila nak buat. Bila buat.....terkena pula kawan sendiri, saudara sendiri, anak menantu sendiri atau isteri sendiri. Maka senyaplah mulut, tertutup lah semangat.

Baca berita berikut pulak.

Pengurus didakwa rasuah
GEORGETOWN: Pengurus Operasi Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Koay Ban Hing, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram, Julai tahun lalu. [+]

Pokoknya kalau hendak 1000 daya, kalau tak mahu 1000 dalih. Kakitangan dan pegawai kena, tapi yang besar punya buaya tu senyap jer. Cuba selidik Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Samy Vellu, Pak Lah, menantu dia, Najib Razak dan isteri dan ramai lagi. berapa banyak tender dan kontrak lari ke UMNO. Kalau nak tahu pengertian rasuah, jumpa ahli agama. Rasuah termasuk memberikan tambang percuma Haji, Umrah, memberikan hamper, kuasa dan jawatan beserta dengan niat untuk sesuatu. Takkan itu pun tak tahu.

Karut, marut.....berturut turut.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive