KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

Regim Dollah memalukan orang Melayu

dipetik: almuslimin2.blogspot.com

' Bila kami menyerang sesebuah negeri , kami akan jadikan orang yang mulia hina dan anak isteri mereka tersiksa'. Itulah taktik Mongol apabila menyerang Baghdad atau negara lain sehingga empire nya luas dari timur ke barat. Mungkin inilah taktik Dollah Badawi bersama pasukan polisnya apabila mengheret pemimpin parti pembangkang dari Parlimen ke kereta polis.

Pesuruhjaya PAS Terengganu telah di kasari oleh dua polis yang tidak terlatih sehingga memalukan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia dari segi tatacara menahan orang awam. Terdapat dua pegawai polis , seorang Cina dan seorang India yang jelas memalukan maruah semua Pejawat Awam Malaysia kerana tidak professional mereka melaksanakan tugas.

Datuk Mustafa Ali , pesuruhjaya PAS negeri Terengganu yang mempunyai ramai ahli PAS di bawah kepimpinannya dan juga pernah menjadi Timbalan Menteri Malaysia semasa PAS bergabung dengan BN beberapa tahun dahulu telah di heret dengan kasar dan kurang ajar oleh dua polis yang tidak terlatih di parliment , satu legislative instition yang paling tinggi di negara ini.

Apabila di tanya adakah terdapat arahan makhamah ( court order ) untuk menangkapannya di lobi Parlimen, seorang polis Cina itu berkata ' awak sendirilah ambil di makhamah'. Polis India itu pula setelah terlopong tak tahu menjawab cuba menggunakan gari untuk menggari Mustafa Ali.

Ini berlaku di hadapan MP yang lain yang memberi tahu kepada dua polis itu bahawa tempat itu adalah parlimen yang mulia tempat membuat undang undang. Seorang peguam di situ mencabar dua polis tidak terlatih ini , kalau anda boleh menahan Dato' Mustafa Ali tanpa sebab mengapa tidak tahan dia. Mereka yang di halang untuk datang ke Parlimen hari itu bukan Mustafa Ali atau pemerhati sessi parliment. Jadi mengapa Dato ' Mustafa Ali di jadikan mangsa. Adakah kerana ia orang PAS maka ia di single out untuk di zalimi.? Saya rasa dua polis tidak terlatih ini tak tahu pun apa significant nya parliment dalam perundangan negara dan tidak tahu pun tatacara menahan orang awam.Maktab Polis patut malu melahirkan anak buah yang sebegini kasar dan bodoh.

Semua itu berlaku dalam keadaan Menteri UMNO keluar masuk dewan parlimen tanpa prihatin langsung samaada undang undang telah di salah laksana atau tidak. Apabila MP pembangkang mengajak Dato' Mustafa Ali masuk sebagai pemerhati , polis Cina tadi datang dengan sekeping kertas yang sama dan dengan angkuh dia berkata ini dia mengatakan 'ini dia arahan makhamah ' dan terus mengheret Dato' Mustafa Ali secara keras saperti seekor lembu.

Polis tidak terlatih ini berada di bawah Dollah Badawi dan persoalan nya adakah Dollah Badawi sudah menjadi saperti Mongol yang mempunya dasar ' ' Bila kami menyerang sesebuah negeri , kami akan jadikan orang yang mulia hina dan anak isteri mereka tersiksa'.

Untuk mendengar adegan penghinaan itu sila klik link Radio Al Muslimin

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive