KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

BERSIH Mahukan Tan Sri Rashid Undur Terus Dari Ketuai SPR!

By FAIZAL MUSTAFFA
dipetik: Sanggahtoksago

GABUNGAN Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk meletak jawatan dengan hormat atas sikap beliau yang tidak profesional dan memalukan.

Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH, Dr Dzulkifli Ahmad berkata kenyataan Abdul Rashid menyerang Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Harakah memaparkan sikap Abdul Rashid yang mana keseluruhannya tidak menampilkan sebagai seorang yang sepatutnya memastikan pilihan raya di Negara ini bersih dan adil.

"Tan Sri Rashid juga menyatakan bahawa tidak ada pengundi hantu di Likas," kata Dzulkifli yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. Dalam sidang media BERSIH pada 7 Disember lalu di ibukota, Dzulkifli berkata, Abdul Rashid dengan sikap yang sungguh angkuh dan tidak profesional, menyatakan bahawa Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang bersikap berat sebelah dalam penghakiman melalui Petisyen Pilihan raya Likas dan menuduh hakim tersebut 'kecewa dengan beberapa perkara' terhadap kerajaan.

Tan Sri Rashid dikatakan telah bersikap untuk tidak memberi apa-apa kenyataan terhadap penghakiman Likas sejak dari penghakiman diumumkan pada Jun 2001 sehingga sekarang.

Serangan secara tiba-tiba dan tidak berlandaskan perundangan sehingga boleh dianggap 'menghina mahkamah'.

"Mengapa perlu membuat pertuduhan yang berat sebelah yang mana tidak pernah dibuat sebelum ini? Adakah perasaan emosinya hanya timbul enam tahun kemudiannya? Apa yang menjadi penyebab?" tambah Dzulkifli.

Justeru, BERSIH menyeru Rashid untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan serius terhadapnya dan juga SPR dalam penghakiman yang kesemuanya berdasarakan kepada fakta-fakta dan undang-undang yang terperinci.

Pada 2001, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihan raya Likas (Sabah) atas dasar bahawa senarai pemilih 1998 di negeri itu tidak sah kerana dipenuhi dengan pengundi hantu, termasuk bukan warganegara yang mana mereka ini pergi membuang undi pada hari pengundian.

Beliau mendapati bahawa sebelum senarai itu digazetkan oleh SPR, 4585 bantahan dibuat dari Senarai A dan 246 bantahan dibuat dari Senarai B. Asas kepada bantahan tersebut adalah disebabkan nama-nama tersebut yang dipamerkan dalam senarai pemilih itu dipercayai mempunyai kad pengenalan palsu.

Perincian bukti dokumentari ini dibentangkan semasa perbicaraan petisyen Pilihan raya.Menurut Peraturan Pilihan raya (Pendaftar Pemilih) (Sabah) 1971, sekiranya pengundi memfailkan bantahan kerana membantah kemasukan nama seseorang ke dalam daftar pemilih, SPR perlu menjalankan inkuiri awam di mana kedua-dua pihak dipanggil.

Kegagalan untuk menjalankan sebarang inkuiri sudah cukup untuk membatalkan keputusan pilihan raya.Di sebalik mematuhi undang-undang dan menjalankan inkuiri, SPR Pusat mengarahkan tidak ada inkuiri dijalankan "melainkan dalam kes-kes yang berkaitan dengan kematian ataupun hilang upaya".

SPR di Sabah patuh kepada arahan tersebut dan tidak menjalankan sebarang inkuiri. Hakim Kamil membuat kenyataan, "tidak terfikir saya bahawa Suruhanjaya Pilihan raya akan berdiam diri tentang bantahan-bantahan tersebut tanpa menjalankan sebrang inkuiri" dan "salah dari segi perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan-bantahan tersebut serta-merta. Sebagai pihak yang memastikan pilihan raya bersih dan adil, SPR mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan".

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, BERSIH berpendapat sebgai sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokratik, seseorang yang menjalankan seperti apa yang dilakukan oleh Tan Sri Rashid dipecat daripada tugasnya serta-merta.

"Tetapi, oleh kerana penipuan tersebut yang mana cuba dilakukan oleh Tan Sri Rashid didedahkan oleh Hakim Kamil Awang, apa yang dilakukan oleh Tan Sri Rashid?" kata Dzulkifli.

Kerajaan di bawah persetujuan SPR meminda Akta Pilihan raya 1958 (yang digazetkan pada 30 Mei 2002) di mana Seksyen 9A jelas menyatakan bahawa senarai pemilih, sebaik sahaja diluluskan dan dikeluarkan di dalam Gazet, akan menjadi satu dokumen muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat sebarang rayuan, dinilai semula atau ditolak di mana-mana mahkamah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive