KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

MUSA: DEMONSTRASI PATUT DIIZINKAN

dipetik: n32.blogspot.com

Saya sebenarnya mahu mengulas temubual NST Ahad lepas bersama bekas Pengerusi SUHAKAM, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tun Musa Hitam. Saya dapati apa yang diperkatan oleh Musa dalam temubual itu sungguh menarik dan sepatutnya membuka minda, mata dan telinga banyak pihak.

Tetapi kerana beberapa peristiwa besar berlaku kebelakangan ini, maka cuma pagi ini saya ada sedikit kesempatan.





Kebetulan temubual itu berhubung dengan hak asasi rakyat terutama hak untuk berhimpun dan bersuara. Dan kebetulan hak itulah yang telah dinafi dan dicabuli rerutama semalam sehingga mengakibatkan perkarangan bangunan Parlimen menjadi gelanggang “Negara Polis” Malaysia yang baru.

Apabila ditanya oleh wartawan NST Aniza Damis adakah Malaysia sudah bersedia untuk (mengizinkan) demonstrasi aman, Musa menjawab:

Yes! Come on we have been independent for 50 years.

Ya! Bukankah kita telah Merdeka lebih 50 tahun.

Apabila ditanya adakah perhimpunan aman itu suatu hak? Musa menjawab:

Perhimpunan aman itu berkait dengan hak untuk bersuara, suatu hak yang memberi keizinan kepada semua pihak untuk menyatakan pandangan masing-masing.

Tambah beliau:

Kebebasan di dalam sebuah negara demokrasi adalah jelas. Orang-ramai memang mempunyai hak untuk berhimpun dan hak ini mesti diberikan kepada mereka.

Dalam temubual itu Musa menyatakan bahawa demonstrasi aman sepatutnya diizinkan dan semua pihak mesti berfikiran terbuka dan positif. Demonstrasi boleh dikawal oleh pihak berkuasa tetapi jangan kawalan sebagai alasan sehingga menafikan hak rakyat untuk bersuara sama-sekali. Kata beliau:

People must apply for permits, but the application is not for the purpose of restricting demonstrations.

Rakyat mesti memohon permit tetatpi permohonan itu bukannya (alasan) untuk menghalang demonstrasi tadi.

Menurut beliau yang pentingnay melalui permit yang diberikan mereka yang memohon dikehendaki mematuhiu beberapa syarat antaranya memastikan demonstrasi itu terkawal dan berjalan dengan aman dan lancar. Para pengawal dilantik, dan kebersihan dijaga. Setiap laluan yang mahu ditempuh mestilah dimaklumkan dan pihak polis hanya bertugas menjaga lalulintas. Penganjur diingatkan yang pihak FRU ada bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan namun FRU tidak ditempatkan di tempat awam tadi tetapi bersiap-sedia dilokasi lain.

Musa menegaskan bahawa demonstrasi adalah sebahagian daripada amalan demokrasi malkah beliau mengkritik usaha-usaha pihak tertentu menakut-nakutkan rakyat berkenaan penganjuran demonstrasi kononnya ia mencetuskan ketegangan dan menjejaskan perniagaan. Ini tidak berlaku jika semua pihak bekerjasama. Malah usaha Menteri Penerangan melalui RTM yang memomok-momokkan rakyat dengan paparan kononnya “Ini (demonstrasi) bukan budaya kita”, kata Musa budaya siapakah yang mengizinkan keganasan. Dalam erti kata lain tidak ada siapa pun yang mahukan keganasan berlaku dan dalam hal Malaysia ia pasti tidsak berlaku jika semuanya berjalan menurut suasana yang dicadangkannya itu.

Akhirnya saya mahu berkongsi di sini, apabila Musa ditanya adakah patutu yang kekerasan digunakan untuk meleraikan suautu perhimpunan “haram”, Musa menjawab:

No, not by anybody.

Tidak, tidak (patut) oleh sesiapa pun

Menurut beliau polis selalu menggunakan alasan mereka menerima provokasi, kata beliau jika perhimpunan itu berjaland engan aman tanpa kehadiran polis, pasti tidak berlaku sebarang provokasi. Masalahnya kehadiran polis itu sendiri mencetuskan provokasi. Bila ada tindakan tambah Musa, pasti akan ada tindak balas.

Ramai orang mungkin memberikan pelbagai reaksi terhadap pandangan Musa ini, namun saya mahu berbaik sangka. Benar Musa mungkin tidak mengamalkan apa yang beliau perkatakan ini semasa beliau berkuasa dahulu tetapi yang pentingnya kini mungkin beliau telah sedar, dan beliau berani pula menyuarakan pandangannya itu secara terbuka. Itu bagi saya adalah bukti negarawan yang sedar dan insaf.

Malangnya di depan kita hari ini adalah pemimpin yang tidak sedar-sedar dan terus menyangkakan yang mereka itu tidak perlu diajar sehingga akhirnya mereka menjadi kurang ajar!

Dollah pernah aktif membantu Musa dahulu semasa Musa dan Ku Li cuba menjatuhkan Tun Dr M sebagai Presiden Umno. Kalau pun Dollah mungkin sudah tidak memerlukan Musa dan Ku Li lagi kerana beliau kini memegang kuasa tertinggi, sekurang-kurangnya ambil kiralah pandangan positif dan bijak seorang yang pernah beliau dewa-dewakan satu ketika dahulu.

Terima kasih Musa kerana berani bersuara begini, semoga dalam suasana penuh “kurang ajar” ini rakyat akan dapat melihat dan mebezakan antara yang hak dan yang batil.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive