KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

MALAYSIA NEGARA POLIS: Pesta tangkapan di Parlimen

ImageOleh Azamin Amin

dipetik: detikdaily

PAGI Selasa, 11 Disember, di Parlimen. Motif dan tujuan hanya satu. Menyampaikan memo bantahan Bersih kepada Parlimen atas usul membantah pindaan Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan Pengerusi SPR dari usia 65 kepada 66 tahun bagi membolehkan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk terus berkhidmat.

Kewibawaan Rashid diragui akibat kebiadapan dan keceluparan mulutnya yang tanpa segan silu asyik menyerang pihak pembangkang sedangkan ia adalah pelanggan setia SPR. Di bawah pentadbirannya pilihan raya umum 2004 direkodkan sebagai pilihan raya paling buruk dalam sejarah, penuh penipuan.

Bersih mahu Rashid yang semakin merosakkan demokrasi dan proses pilihan raya, diganti dengan tokoh yang lebih berwibawa sejajar dengan Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan yang menjelaskan: "SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

Dikerahkan seawal pagi 11 Disember itu, lima buah trak FRU tersusun di tepi jalan berhampiran Bank Negara, manakala lima buah trak kecil, kereta peronda, van dan sebuah bas Polis Diraja Malaysia berada di lereng jalan 200 meter daripada pagar utama bangunan Parlimen.

Ini tidak termasuk dibantu oleh lebih 200 anggota lain-lain pangkat, beruniform dan preman dan 'dibantu' dengan pemandangan janggal yang jarang sekali ditemui, iaitu untaian kawat pagar duri di sebelah jalan menuju Parlimen.

Tidak cukup dengan itu, sekitar dinding jalan dan tiang-tiang lampu ditampal perintah mahkamah melarang empat individu iaitu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adnan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud untuk turut serta dalam penyerahan memo tersebut.

Ibu kota Kuala Lumpur bertukar menjadi bandaraya polis lantaran pelbagai sekatan jalan raya diadakan bagi mengekang kemaraan penyokong dan delegasi Bersih untuk menyampaikan objektif mereka, mengulangi hasrat Himpunan 100,000 Rakyat pada 10 Nov lalu.

Tepat jam 10.45 pagi, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis. Dalam kejadian tersebut, empat anggota dengan kasar memaksanya keluar dari kereta Tiara hijau yang dipandu rakannya. Pelik, Tian tidak pun menyertai mana-mana perhimpunan, masih duduk dalam keretanya!

Manakala di sudut bertentangan, berdekatan dengan kawasan Tian diserbu, Koordinator Parti Sosialis Malaysia Arutchelvan disentap pula oleh lebih empat anggota polis, lalu dibawa menaiki van polis ke lokasi yang tidak diketahui.

Kira-kira lima minit kemudian, puluhan wartawan dalam dan luar negeri menyerbu Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Lo' Lo Ghazali yang turut berada di kawasan berhampiran Tian ditangkap untuk mendapatkan respon dan kenyataan media berhubung kejadian sebentar tadi.

Turut serta bersama mereka ialah Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi dan aktivis sosial Dr Mohd Nasir serta beberapa penyokong Bersih.

Akibat terlalu ramai mengerumuni mereka, seorang anggota polis telah menunjukkan perintah mahkamah mendakwa mereka mengadakan perhimpunan dan menangkap semua terbabit lalu dibawa oleh 'Black Maria' ke Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPKKL).

Kira-kira dalam tempoh setengah jam suasana persekitaran Parlimen menjadi tenang, namun pemeriksaan ketat dilakukan oleh pihak polis kepada setiap kenderaan yang berhasrat memasuki ke kawasan Parlimen khususnya kepada wakil rakyat pembangkang.

Presiden KeADILan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa menunjukkan kad parlimennya kepada pihak polis sebelum dibenarkan masuk.

Salam masa sama semua kenderaan yang dinaiki atau dipandu ahli Parlimen BN langsung tidak ditahan ataupun diperiksa. Memang ahli Parlimen pembangkang sentiasa dianaktirikan.

Dalam kesibukan polis membuat sekatan dan cuba menahan delegasi Bersih, di lobi Parlimen pula, kira-kira jam 11.40 pagi, Bersih melalui jurucakapnya Yap Swee Seng mengadakan sidang media dan membacakan butiran memorandum yang akan diserahkan kepada kerajaan.

Turut hadir dalalm sidang akhbar tersebut, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad, Wong Chin Huat (Wami), Gayathri (CIJ), Zulbahrin (Citizen Thinktank) dan Mien.

Akibat kegagalan polis untuk menyekat delegasi Bersih menyerahkan memo dan 'membiarkan' sebahagiannya berjaya memasuki kawasan Parlimen, jam 12.30 tengah hari, operasi penangkapan dimulakan oleh pihak polis.

Wong Chin Huat, Gayathri, Yap Swee Seng dan Mien ditangkap di kawasan meletak kereta ahli-ahli Parlimen walaupun telah dihalang oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang beserta beberapa ahli Parlimen DAP.

Manakala Dr Dzulkifli Ahmad beserta pengiringnya yang juga Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi ditahan di pintu pagar sewaktu sedang dalam perjalanan keluar dari pekarangan Parlimen.

Melengkapkan lagi 'pesta tangkapan beramai-ramai', polis berusaha mneyudahkan tugasnya yang dianggap banyak pihak sebagai di luar bidang kuasa mereka, dengan menahan pula Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali yang turut dihalang oleh Kamaruddin dan Lim.

Setelah bertengkar, termasuk bergelut dengan polis kira-kira 10 minit, biarpun disaksikan Menteri Pelajaran, Dato' Hishamudin Hussein Onn, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang kebetulan lalu berhampiran Mustafa, akhirnya bekas ahli Parlimen Dungun itu secara paksa dan kasar dibawa oleh lima anggota polis berpakaian preman menaiki van dengan nombor pendaftaran WKK 3960 ke IPKKL.

Walaupun semua yang ditahan berjumlah 24 orang, dengan ditambah pelbagai ugutan sekatan dan ancaman, malah dikawal rapi oleh ratusan anggota polis yang taat setia kepada kerajaan BN, Bersih sekali lagi mengulangi kejayaan himpunan 10 Nov lalu, apabila berjaya menyerahkan memo mereka di Parlimen.

Maka, makin terserlahlah wajah Malaysia yang kian hodoh dengan imej Negara Polis!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive