KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

BEZA ANTARA LEMBU DAN UMNO

UMNO BERKENTUT BUSUK, DICIUM WANGI

 "Alasan bodoh UMNO cuba menyatakan seolah olah apa sahaja yang dibuat oleh UMNO sehingga ke peringkat merusuh dan cuba merempuh sekatan polis dan bangunan tetap dibenarkan. Kerana alasan perhimpunan adalah penyertaan semua bangsa dan agama menentang kekejaman Israel"

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, demonstrasi Pemuda Umno itu juga mendapat kelulusan pihak berkuasa dan bukan perhimpunan haram.

“Dalam demonstrasi yang kita lakukan ketika Condoleezza Rice datang dulu tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita dan ia tidak mendapat bantahan orang ramai atau mana-mana pihak, sebaliknya mereka (rakyat) bersetuju dengan perjuangan kita,” kata Hisammudin ketika ditanya mengenai perbezaan demonstrasi oleh Pemuda Umno yang diketuai Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dengan demonstrasi jalanan kebelakangan ini di lobi Parlimen, semalam.

Tambah Hisammudin yang kerap digelar "Pemimpin Sotong" itu berkata bahawa bantahan itu juga bagi menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar ‘double-standard’ dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan. (Double Standard katanye)

Yang menariknya menurut beliau lagi, Kelantangan Pemuda Umno membawakan bantahan itu menyebabkan timbul ketegangan apabila 5,000 penunjuk perasaan anti-Israel dan dasar Amerika Syarikat di Asia Barat cuba merempuh masuk ke kawasan berkenaan berikutan tindakan pihak berkuasa menghalang beberapa wakil Pemuda Barisan Nasional menyampaikan nota bantahan kepada Rice.


Manakala di dalam berita harian pula menyebut,

usaha segelintir pihak untuk menyamakan demonstrasi Hindu Rights Action Force (Hindraf) dengan perjuangan UMNO bagi menegakkan hak rakyat Palestin sukar diterima kerana jurang perjuangan kedua-duanya terlalu besar, ibarat langit dan bumi.

Menurut berita arus perdana yang pro kerajaan itu lagi, apabila Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama 10,000 rakyat Malaysia tanpa mengira agama bersatu dalam gelombang kemarahan terhadap kuasa besar Amerika Syarikat bersekongkol dengan Israel, yang secara terbuka membunuh penduduk Lebanon dan Palestin.

UMNO turut menggunakan khidmat Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Siva Murugan untuk merasuk pembaca berita yang dungu dengan berkata,

demonstrasi UMNO yang disertai rakyat pelbagai bangsa dan agama itu, adalah perjuangan sejagat tulen berbanding dengan Hindraf, yang terdesak mahu menjuarai kepentingan peribadi.

Soalnya, bagaimana pula jika dibandingkan Perhimpunan UMNO dan perhimpunan Hak Asasi manusia pada 9/12 atau Perhimpunan Bersih pada 10/11 atau perhimpunan BERSIH pada semalam 11/12. Peserta yang berhadapan dengan tentang polis dan pihak berkuasa, tidak seperti dilayan seperti perhimpunan UMNO?

Sedangkan pada perhimpunan tersebut, tiada rusuhan yang dicetuskan, tiada kecederaan dan penentangan kepada pihak yang berkuasa. Tiada pihak yang tercedera dan tiada pihak yang cuba mencederakan, tetapi masih disekat POLIS dan pihak berkuasa sehingga dipacnut air, disembur asap dan beberapa pemimpin yang turut di tangkap dan tahan reman. Sementera kereta pula ada yang dibakar dan laptop dirampas pula tidak dipulangkan.

Yang lebih mengelirukan, perhimpunan Hak Asasi manusia pada 9/12 hanya berhasrat untuk menyambut dan meraikan hari Hak Asasi Manusia sedunia. Ia turut diarah untuk dihentikan sehingga membawa kepada penangkapan peguam dan aktivis.

Alasan bodoh UMNO cuba menyatakan seolah olah apa sahaja yang dibuat oleh UMNO sehingga ke peringkat merusuh dan cuba merempuh sekatan polis dan bangunan tetap dibenarkan. Kerana alasan perhimpunan adalah penyertaan semua bangsa dan agama menentang kekejaman Israel.

Kalau benar ianya begitu, mari kita berhimpun menentang KEKEJAMAN ISRAEL dengan memakai baju kuning yang tiada bertulis dan berlogo.

Jika kerajaan Malaysia tidak bersikap DOUBLE STANDARD seperti Amerika, maka kita minta supaya kepimpinan pembangkang untuk adakan perhimpunan anti Israel di dalam masa yang terdekat. Kita kumpulkan penyokong HINDRAF dari kaum India beragama Hindu, penyokong BERSIH yang berbilang bangsa dan agama, Penyokong anti TOL yang bercampur bangsa dan agama dan mangsa BATU BUROK yang beragama Islam untuk turun memenuhi Kuala Lumpur menyerahkan memorandum ke kedutaan Amerika, Australia dan Britain. Kita lihat reaksi pemimpin negara dan pihak berkuasa. Adakah ia dibenarkan atau ia juga memerlukan surat permohonan yang berlogokan UMNO?

Janganlah UMNO hendak memberikan alasan. Mengancam dan memecah benteng polis dan bangunan adalah amalan demonstrasi aman cara UMNO. Rakyat tidak bersikap sebegitu. Kalau dah namanya UMNO, mungkin pada polis, kentut mereka yang HAPAK seperti TELUR BUSUNG itu pun dicium wangi.

Jangan cerita tentang sikap DOUBLE STANDARD Amerika. Kita tidak perlu membandingkan pemerintahan Amerika dengan kerajaan Malaysia. Yang penting tanya diri sendiri, apa benarkah alasan yang diberikan oleh Hisamuddin itu? Alasan BODOH menteri mencerminkan standard pemimpin UMNO yang berhadapan dengan soalan sebegitu. Teramat sukar untuk menutup kesalahan yang terbukti salahnya.

Yang jelas, perhimpunan UMNO dibenarkan kerana ia adalah perhimpunan anjuran parti kerajaan untuk mendapatkan gelaran "HERO PERJUANGAN" kepada umat Islam dan dunia. Perhimpunan itu menjadi HALAL kerana dianjurkan oleh Khairy, menantu Perdana Menteri sendiri. Bila Khairy buat apa pun, UMNO dan POLIS seperti akur, tunduk, bodoh dan mendiamkan diri. Bimbang kalau kritik nanti, dilabelkan pembangkang dan diarah mengadap Perdana Menteri. Mungkin ada yang terus jadi bacul dan pengecut.

UMNO mempamirkan sikap barisan pemimpin bacul yang tidak baik dibuat contoh anak muda negara kita. Angguk walaupun disuruh geleng. Terjun ke lombong, bila diarahkan hanya terjun ke longkang. Bersungguh sungguh di dalam hal yang memihak kepada pemimpin. Lebih buruk jika dibandingkan dengan LEMBU yang sering dicucuk hidung kerana LEMBU tidak mahu ikut apa arahan yang merosakkan dirinya. Lembu tidak mahu terjun ke lombong tetapi UMNO mahu, kalau pemimpin nya suruh.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive