KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

Bukan isu Islam lawan Hindu


dppwp.wordpress.com

Oleh Arifabdull

Kejadian perobohan kuil, masjid, surau, rumah setinggan semakin rancak dilakukan oleh pihak berkuasa kebelakangan ini. Semakin banyak juga tulisan beremosi di Internet yang menggambarkan kemarahan rakyat. Saya sangat sedih dan marah dengan tindakan kerajaan yang terus mendikriminasi rakyat negara ini.

Dalam banyak kejadian, pemerintah sebenarnya hanya mahu memenuhi kehendak pihak pemilik modal (contoh: syarikat pemaju tanah) dan melupakan kesusahan/tuntutan rakyat, seperti yang berlaku di Kampung Rimba Jaya dan Kampung Berembang.

Saya fikir, kesusahan yang kita alami sekarang ini bukanlah pertentangan antara agama Islam lawan Hindu. Keperitan ini juga tidak ada kaitan dengan sengketa antara kaum India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Jakun dan lain lain. Musuh orang Melayu bukan orang India atau Cina. Musuh rakyat bukan agama Islam atau Kristian.

Musuh sebenar rakyat Malaysia adalah kenaikan harga minyak, kenaikan kadar bayaran tol, penyelewengan, rasuah, pembohongan media dan sebagainya. Gejala-gejala inilah yang telah menyebabkan kita semua terpaksa hidup dalam kesusahan yang perit.

Semua kesusahan dan keperitan hidup ini adalah akibat pemimpin yang pentingkan kekayaan dan kuasa. Kerana itulah, mereka seringkali memihak kepada kepentingan para pemodal (termasuk syarikat pemaju tanah) dan tidak mahu memperdulikan tuntutan rakyat.

Mahu lawan BN tidak semestinya dengan cara tidak mengundi calon mereka semasa pilihanraya sahaja. Undi pembangkang? Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) telah menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia tidak adil. Memang benar. Jadi, pilihanraya mungkin tidak akan memberi harapan besar untuk kita memberi pengajaran kepada Barisan Nasional (BN), selagi sistem pilihanraya tidak mengalami proses reformasi.

Lagipun, sudah tentu BN akan tahu lebih awal apabila mereka dapat dikalahkan melalui proses pilihanraya, dan pasti awal-awal lagi pilihanraya akan mereka haramkan.

Jadi, kita mesti guna cara lain untuk kalahkan BN. Bagaimana?

Boikot pilihanraya? Ya, boikot pilihanraya adalah satu kaedah berkesan dan ditakuti oleh pemerintah. Dengan syarat, majoriti rakyat (mungkin 50 peratus) berdegil tidak mahu turun mengundi dan hanya calon dari BN yang masuk bertanding. BN akan menang 100 peratus tetapi tanpa legitimasi dan kemenangan itu dapat dianggap sebagai tidak bermoral.

Ada satu cara lagi. Dalam sejarah negara kita, kaedah dan strategik politik ini pernah digunakan oleh rakyat negara ini ketika menentang British pada tahun 1940 an dahulu. Mereka melawan dengan melancarkan ‘Hartal’.

Hartal adalah tindakan mogok sebagai menghindari tindakan kekerasan atau keganasan. Pada 20 Oktober 1947, Hartal telah berjaya dilakukan di seluruh Malaya. Dilaporkan British telah mengalami kerugian berpuluh ribu dollar akibat Hartal itu. Hartal adalah punca sebenar British mahu memberi kemerdekaan kepada Malaya.

Sebenarnya, Hartal yang bermakna mogok juga, adalah senjata utama perlawanan rakyat India yang diketuai Mahatma Gandhi ketika melawan British di India dahulu. Mari kita cari “ada apa dengan Hartal”.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive