KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

CERITA TELADAN

(Kisah untuk dibaca ketika menidurkan anak)

Tanya Robert pada jirannya Michael, "Amacam?". Robert merujuk kepada anjingnya yang baru dijumpai minggu lepas. Michael menjawab "Bagus Anjing ni?". Sambungnya "Untung aku bela, minggu lepas dia gigit jiran sebelah aku tu." Balas Robert, "Kenapa?" Jawab Michael," Aku nak pukul tak boleh, jadi aku suruh anjing aku gigit." Begitulah cerita nya tentang Micheal yang cemburu dengan kejayaan jirannya sehinggakan beliau membela dan melatih anjing hanya untuk menakutkan jirannya.

Itu hakikat seorang pemilik anjing. Mahunya anjing yang dibeli dan dijaga itu membalas jasa tuannya. Tak kira samaada mangsa gigitan itu adalah orang yang baik atau tidak, yang pasti anjing dibela untuk melepaskan niat. Kerap juga anjing yang dibela mempunyai perangai serupa Tuannya. Kerana terlalu akrab dan mesra.

Abdullah Badawi telah menyelamatkan Johari dari dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Dia dituduh menerima suapan untuk melepaskan penjenayah. Menurut Gani Patail, merujuk siasatan yang dibuat, tiadalah bukti bukti yang boleh dikaitkan dengan Johari Baharom. Butir siasatan tidak didedahkan, harapan rakyat tidak diendahkan. Begitulah mudah nya menjadi pemimpin, tutup buku, habis cerita, esok sambung kerja. Yang penting, Johari Baharom sudah pun bebas dari tuduhan dan sekarang, Johari perlu membalas jasa baik pemilik yang melepaskannya.

Maka beralasan lah Johari tentang punca penahan Dato' Mustafa Ali di depan Bangunan Parlimen pada hari selasa lepas. Menurut Johari,

"Sesiapa sahaja yang mempunyai kesalahan tidak boleh menggunakan Parlimen ini sebagai tempat perlindungan, tidak kira tetamu sesiapa pun, (Merujuk kepada kenyataan Datuk Kamaruddin yang mengatakan Dato Mustafa Ali adalah tetamunya) mereka yang melakukan kesalahan tidak boleh menggunakan Parlimen ini sebagai tempat untuk bersembunyi," katanya menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dato Mustafa bersembunyi di dalam Parlimen. Kalau benar Dato Mustafa menggunakan Parlimen untuk bersembunyi, maka tidak cukup pandai lah seorang Dato itu. Kenapa tidak menyorok di dalam tandas atau di dalam bilik bilik yang terdapat di dalam parlimen, atau cukup baik lagi kalau bersembunyi di atas bumbung yang baru sahaja diperbaiki oleh Samy Vellu. Mungkin juga Dato Mustafa tidak perlu langsung datang ke Parlimen untuk menyorok selain pergi ke Pulau Kapas atau Thailand untuk melarikan diri.
Tambah Johari lagi, "Polis membuat siasatan dan mungkin perkara yang dilakukan oleh Mustafa itu kita tidak tahu (tujuannya), (tapi) polis tahu apa yang mereka buat. Polis memanggil beliau dan saya difahamkan beliau dilepaskan semalam, jadi saya rasa benda ini tidak ada apa-apa lagilah," katanya.
Akhirnya tindakan polis menangkap Dato Mustafa berdasarkan siasatan yang dibuat terlebih dulu, tidak lah sah, tidak betul dan palsu.

Kalau merujuk kepada kaedah tangkapan dibuat, sudah pasti kita akan beranggapan bahawa besar benar lah kesalahan Dato Mustafa sehingga bukan seorang tetapi lebih dari 5 orang dikerah untuk menangkap hanya seorang. Dikerumuni dan dibawa pergi tanpa dibacakan sebarang HAK untuk seorang pesalah. Tergesa gesanya POLIS malaysia bagaikan Dato Mustafa seperti bersalah benar, gayanya. "ALERT"

Mungkin juga kedatangan Dato Mustafa ke parlimen untuk membunuh perwakilan atau mengebom bangunan. Tapi tiada lah pula kelihatan bom atau senjata yang dibawa bersama. Jika alasan meragukan, baik Johari, mahupun Hisamuddin, cakap entah apa apa, tiada bukti, tiada alasan dan tiada logiknya. Sekadar cakap.

Kalau benar siasatan telah pun dibuat terlebih dahulu dan cara tangkapan seolah olah Dato Mustafa bersalah besar, sudah pasti lah beliau ditahan untuk satu tempoh tertentu. Dan untuk POLIS melakukan siasatan lanjut, maka perlulah Dato Mustafa dibawa ke Mahkamah pada keesokan harinya untuk memohon penahanan reman sekurang kurangnya seminggu melalui kelulusan dari Mahkamah. Selama Dato Mustafa di dalam tahanan, rumah dan pejabatnya akan digeledah untuk mencari bahan bukti yang kemungkinan disorok oleh beliau. Tapi semua ini tidak berlaku. Pelepasan yang dibuat pada hari yang sama menunjukkan bahawa yang ditangkap tidak mempunyai salah apa apa. Tambahan lagi tiada jaminan dikenakan pun.

Begini lah cerita seekor anjing yang cuba berbuat baik dengan tuannya. Maklumlah kalau biasanya dia diberi makanan nasi, mungkin dengan melakukan perkara yang lebih baik, maka diberikan makanan yang lebih berkualiti buatan EROPAH. Paling bodoh pun diberikan FRISKIES, Sedap.....sehingga menjilat ekor.

Kebanyakan pemimpin UMNO dan BN sekarang ini cuba berbuat baik kepada Pemimpinnya, Abdullah Badawi. Bodek tiada lah batasannya sehingga ada yang mencipta anugerah untuk pemimpin tersayang, ada juga yang memberikan bermacam macam gelaran hanya untuk ditunjukkan sebagai baik dengan pemimpin tersebut. Tidak kurang juga yang sanggup menganiaya musuh Tuannya untuk dilihat sebagai benteng pertahanan seorang Raja sebuah negara.

Ada banyak jenis anjing yang boleh menjaga tuan, contohnya DOBBERMAN, GERMAN SEPHARD dan sebagainya. Tapi ada anjing yang asalnya ditepi jalan, berhasrat mahu menjadi anjing yang hebat. Rupa tiada, otak tak berguna tapi eksyennya lebih dari anjing berjenama. Bukan seekor tapi terlalu banyak sekarang ini. Anjing jenis ini, makan kuat, kerja malas. Tunjuk samseng bila ada kawan. Bila anjing ini berjalan seekor, kepala tunduk, bodoh dan pemalu. Manusia tunduk, anjing ingat, kita mahu ambil batu. Anjing lari lintang pukang. Bila ramai dialah pahlawan, bila seekor, anjing lari tak cukup padang.

Kalau hendak diagih agihkan makananan mahal yang berkualiti, maka tidak lah cukup untuk kesemua ekor anjing anjing tersebut. Maka perlu lah Tuan Anjing memotong gaji tukang kebun dan pembantu rumahnya untuk membeli makanan mahal untuk beberapa ekor anjingnya itu. Anjing ingat dirinya beruntung tetapi ia kekal sebagai anjing. Tiada yang istimewa selain dari muka yang buruk, telinga menggelebih dan ekor yang terkuntang kanting.

Kalau anjing diberikan teman mengawan, esok anjing akan kerja lebih kuat. Habis penduduk kawasan ditangkap dan digigitnya. Pulang bertugas, anjing mengawan semula. Bila anjing sudah tua, anjing akan dibuang, berkurap dan tidak berkawan. UNtung nasib mati dilanggar kereta di tengah jalan. Jasad jadi kering dan sampai tempoh terbang ke tepi jalan. Anjing dah mati, bangkai tinggal bau. Begitulah kisah hidup anjing yang cuba berbuat baik kepada Tuannya.

Nasihat: Jauhi anak anda dari anjing liar kerana mungkin anjing sebegini boleh menyebarkan penyakit sawan yang juga di panggil 'GILA BABI'.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive