KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

Jurugambar tvPAS didesak akui jual rakaman pada al-Jazeera


Helmi Khalid
harakahdaily


ALOR STAR, 12 Dis (Hrkh) - Jurugambar tvPAS.com Kedah, Mohd Fakhri Ahmad mendakwa polis cuba membuat provokasi terhadapnya untuk mengakui kononnya rakaman yang diambil oleh beliau ketika polis dengan ganas menahan Haji Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun Sabtu lalu adalah untuk dijual kepada media asing.

Beliau yang gagal dikaitkan dengan mana-mana kesalahan oleh Mahkamah Majistret Jawi kelmarin memberitahu, dia ditahan ketika sedang bertugas merakamkan detik polis mengepung serta memecahkan cermin kereta milik Mohamad Sabu.

Ketika disoal siasat oleh empat hingga lima polis berpangkat tinggi jelasnya, mereka cuba untuk mendapatkan pengakuan kononnya rakaman itu adalah untuk dijual kepada Al-Jazeera serta media luar negara yang lain untuk memberi gambaran bahawa polis di Malaysia adalah ganas.

"Saya ditahan atas tuduhan mengganggu tugas polis, bila saya minta buktikan apa kesalahan saya, polis hanya jawab, kita jumpa di mahkamah." sambung beliau.

Katanya, mana mungkin dia boleh menghalang tugas polis sedangkan kedua-dua tangannya memegang kamera video.

"Bila polis tak boleh beri bukti saya menghalang tugas polis terus saya kata, nampak sangat polis tidak profesional dalam tugas, tangkap orang ikut suka saja," tegasnya.


Sekalipun dibebaskan, polis masih belum menyerahkan kembali kamera video tersebut termasuk kad kuasa petugas media milik Fakhri walaupun setelah beberapa kali membuat rayuan.

Fakhri adalah salah seorang daripada sepuluh yang ditahan polis dalam tangkapan Mohamad Sabu, sabtu lalu.

Sembilan yang lain disabitkan kesalahan di bawah 186 Seksyen 34 mengganggu penjawat awam menjalankan tugas dibebaskan dengan jaminan RM2,500 seorang dengan seorang penjamin. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive