KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

BERUNDUR, KEMUDIAN KEMBALI SEMULA

Tuesday, January 1, 2008

dipetik: duniatiger.blogspot

Semua berita prime time televisyen - TV3, RTM dan Bernama TV - memulakan pengakuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa beliaulah lelaki dalam video yang diedarkan di beberapa tempat di Muar dan Batu Pahat. Beliau seterusnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas perbuatannya dengan seorang rakan baik yang dirakamkan di satu bilik yang kelihatan seperti bilik hotel.

Daripada visual video yang ditunjukkan oleh Buletin Utama jam 8 malam, ia adalah rakaman yang terancang dan membabitkan lebih satu kamera. Pengakuan dan minta maaf itu adalah baik. Namun, Dr Chua tetap mahu meneruskan khidmatnya sebagai Menteri dan beliau sudah memberitahu mengenai kes video itu kepada Perdana Menteri dan Timbalannya serta Presiden MCA.

Berita mengenai video itu disiarkan dalam akhbar-akhbar Cina dan news portal, Malaysiakini, sebelum ini. Hari ini, Dr Chua membuat sidang akhbar di MCA Labis yang turut dihadiri oleh pemimpin BN lain.

Bagi saya, Menteri Kesihatan itu elok menerima nasihat penganalisis politik, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim dalam laporan BU TV3 yang menyatakan bahawa langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Dr Chua ialah meletakkan jawatan. Ini kerana seorang pemimpin yang telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat pasti akan sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai pemimpin. Beliau juga akan menjadi "masalah" kepada Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive