KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

KERAJAAN HADHARI BENARKAN SKANDAL SEKS DI KALANGAN MENTERI

Chua Soi Lek Sex Video

SELINGKUH: PEMIMPIN BARISAN NASIONAL TIADA MARUAH


Pengakuan yang dibuat oleh Chua Soi Lek memang merupakan satu keberanian. Sanggup mengaku salah dengan perbuatan yang dibuat. Pengakuan yang dibuat seolah olah ianya biasa di lakukan dan tidak menjadi soal. Isterinya turut terys menyokong pendirian suaminya dan menganggapnya sebagai satu perkara kecil. Menurut Soi Lek, pertemuan dengan PM dan TPM telah dibuat dan beliau terus mahu kekal dengan jawatannya. Itu lah sikap pemimpin BN.

Kalau diluar negara, skandal seks merupakan satu kesalahan yang amat berat sehingga menyebabkan mereka meletakkan jawatan. Kalau mereka masih bertegas, maka bantahan dari pelbagai pihak terus berlaku untuk memaksa pemimpin yang mempunyai skandal itu meletakkan jawatan. Sesungguh kesalahan seks dan berskandal mampu mempengaruhi sesebuah kerajaan itu. Kalau itu pun mereka berani lakukan, maka tidak mustahil kalau tanggung jawab pun mereka sanggup selewengkan. Ianya bersangkutan dengan soal maruah dan amanah.

Chua Soi Lek 4 videos

Hotel Sex Image Scandal

Berlainan dengan politik di Malaysia. Pelacur atau pun pelanggan pelacur mahupun yang menyimpan perempuan murahan masih boleh memegang jawatan. Biar pun semua berita diketahui, mereka terus mahu memegang jawatan seolah olah mereka itu kebal dengan sebarang tindakan. Tiada apa yang boleh menghenti atau menjatuhkan mereka kerana kuasa ada ditangan mereka.

Kalau bangsa asing, mereka mengakui. Manakala kalau yang Islam pula diputarbelitkan cerita seolah olah ianya tidak berlaku. Sedangkan perceraian dan porak poranda rumah tangga menjadi bukti perlakuan sumbang mereka. Berita tentang peselingkuhan/penyelewengan rumah tangga memang kerap berlaku dikalangan pemimpin kerajaan. Malangnya sikap pemimpin Malaysia yang terus menafikan seolah olah ianya sudah menjadi budaya pemimpin.

DImanakan maruah seorang pemimpin yang sanggup berlakuan begitu di depan rakyat yang berharap agar mereka lebih bertanggung jawab dan amanah?

Katanya, beliau bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bagi memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri - Bernama

Menurut Soi Lek lagi, Dollah Badawi sudah pun diberitahu dan begitu juga Najib Tun Razak. Tapi kedua dua pemimpin kerajaan Hadhari ini nampaknya sedia memaafkan seorang pemimpin yang sebegitu. Betapa Hadharinya kerajaan kita. Maka tidak hairan kalau berlonggoknya pemimpin yang mempunyai sikap yang serupa di dalam kerajaan Malaysia. Kenapa kerajaan kita begini?

Kerajaan Malaysia jelas sekarang ini memang sudah lari dari landasan kebenaran dan ketulusan. Tidak amanah dan tidak bertanggung jawab malah tidak bermaruah. Orang luar akan berkata, Pemimpin malaysia yang mempunyai skandal seks pun masih disokong oleh rakyat. AKu pun dah tak faham apa nak jadi dengan Malaysia.

Rujukan
Family stands by him, says wife

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive