KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

Damai Malaysia mempergunakan NGO



Oleh ‘Deep Throat’ Sabah
Malaysiatoday

Damai Malaysia disifatkan telah berjaya menipu lebih 70 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 200,000 rakyat Sabah dalam Majlis Perjumpaan Bersama NGO Sabah di Hotel Le Merridian pada 27 Disember 20007 untuk menzahirkan sokongan menentang budaya demonstrasi jalanan.
Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu yang turut hadir dalam perjumpaan berkenaan kesal kerana Damai Malaysia telah memperguna NGO di Sabah untuk kepentingan tersirat mereka, termasuk agenda politik dangkal pihak yang berselindung di sebalik Damai Malaysia.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenar mereka menjemput NGO dan tanpa sebarang perbincangan dan dalam masa yang sama kita diminta menyokong Damai Malaysia. Ini perbuatan yang bertentangan dengan Perlembagaan,” ujar Patrick yang meninggalkan majlis berkenaan sebagai membantah tindakan Damai Malaysia.

Menurut Patrick, beliau merasa tertipu kerana setiap peserta majlis berkenaan diminta menandatangani borang penyertaan dan menurunkan cap rasmi NGO yang kemudiannya digunakan sebagai sokongan terbuka kepada usaha Damai Malaysia.

|More...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive