dipetik:amdang81.blogspot
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kenapa Tidak Bandaraya Hadhari?
Tinggal beberapa ketika sahaja lagi memasuki 1 Januari 2008. Tarikh bermula satu episod baru bagi Kuala Terengganu. Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Mungkin sesuai dengan tarikh Tahun Baru, maka 1 Januari dipilih. Mungkin juga sempena permulaan Tahun Melawat Terengganu, juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.
Aku sebelum ini berkira-kira nama bandaraya bagi Terengganu adalah Bandaraya Hadhari atau Bestari atau seumpama dengannya itu. Bilamana nama Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) digunakan, maka terfikir aku kemana hilangnya Hadhari yang senantiasa dilaung-laungkan itu. Walaupun aku tidak suka Ajaran Hadhari itu, namun sinonim bagi Hadhari adalah Ulul AlBab dan Khatam Quran yang menipu itu dilihat lebih lunak.
Bilamana nama BAWASIR menjadi pilihan, maka aku melihat Pembangunan Modal Insan dan Moral sebenarnya bukanlah menjadi satu agenda penting UMNO Terengganu. Ini jelas kerana pembangunan fizikal jauh lebih menguntungkan. Maka mimpi apa rakyat Terengganu untuk memiliki masa depan yang terjamin dunia dan akhirat?
Ajaran Hadhari dan Bandaraya.
Jika Deris Jusoh seorang yang agak Islamik dengan slogan Hadharinya, sudah tentu tarikh pengisytiharan tidak dibuat pada 1 Januari 2008. Aku kira 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429 dilihat lebih sesuai. Tarikh 1 Muharram itu nanti bukan sahaja dilihat sebagai suatu 'Sambutan Tahun Baru' yang sebenar, malah turut menjadi langkah kepada suatu hijrah sebuah bandar.
Namun, di sinilah kita boleh menilai mentaliti Hadhari Deris Jusoh. Jika pengisytiharan dibuat pada 1 Muharram, sudah tentu sambutan 'tidak meriah' pada perkiraan puak-puak Hadhari ini. Sudah tentu mereka sedikit segan mahu berpesta, menari lenggok, konsert lagho itu dan ini. Tambahan pula 1 Muharram pada tahun ini jatuhnya pada Khamis. Malam Jumaat pada mereka 'tidak boleh' berbuat maksiat. Mungkin pada mereka malam Jumaat itu 'malam suci'.
Maka tinggallah Ulul Albab bersendirian dengan Ijtihadiknya. Tiada lagi generasi Quranik dan Ensiklopedik. Maka bertambah galak anak-anak gadis di Taman Shahbandar bergedik-gedik. Mat motor sedia membawa si gadis merempit. Deris Jusoh senyum melirik. Generasi inilah yang mahu dilahirkannya. Generasi gedik dan rempit, akhirnya melahirkan bayi di lubang tahi!
Jan 1, 2008
Deris Jusoh, Bandaraya dan Ajaran Hadharinya
Labels: Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment