KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 1, 2008

Sikap pemimpin BN termasuk Najib akan 'bankrupkan' negara - Mahfuz


harakahdaily

"Kerana kita ada akal lah kita menawarkan kepada rakyat penurunan harga minyak pada harga yang berpatutan.Kita tidak mahu rakyat nanti bankrup kerana kenaikan harga minyak.Kita juga tidak mahu angkara pemimpin yang menyeleweng, negara dan rakyat yang akhirnya menjadi bankrup," ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Mahfuz berkata, kenyataan Najib bahawa negara akan bankrup jika penurunan harga minyak dibuat hanya membayangkan bahawa pemimpin itu 'hilang akal'.

"Negara tidak akan bankrup jika menurunkan harga minyak, sebaliknya pengurusan negara yang tidak beretika, tidak cekap, penyelewengan berleluasa, rasuah di kalangan pemimpin kerajaan akan menyebabkan negara menuju kepada kebankrupan," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Terdahulu semalam Najib semasa merasmikan program di Sabah menyatakan bahawa kerajaan akan bankrup jika harga minyak diturunkan dan kerajaan tidak akan boleh membina sekolah, universiti dan pembangunan jika tindakan itu dilakukan.

Pendidikan percuma, pembangunan terancang

Mahfuz yang mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Najib tidak bijak dalam membuat kenyataan sedemikian kerana baginya sumber negara masih banyak dan negara tidak akan menuju ke arah bankrup jika menurunkan harga minyak.

Malah katanya keuntungan dari hasil minyak sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk sektor pendidikan (pendidikan percuma) dan pembangunan yang lebih terancang, katanya.

Bagaimanapun perkara ini tidak diamalkan oleh pemimpin kerajaan hari ini, sebaliknya mereka bermewah-mewahan dalam berbelanja selain mendapat ganjaran melampau hasil dari pengurusan negara ke arah 'kantung sendiri', katanya.

Sebagi bukti Kata Mahfuz, rekod dalam Laporan Audit negara 2006 menunjukkan bahawa penyelewengan dalam beberapa urusan pembelian dan kontrak bekalan peralatan kerajaan seperti pembelian helikopter, 'screwdriver' dan beberapa peralatan lain pada harga yang tidak munasabah adalah bukti betapa pengurusan kerajaan Barisna Nasional (BN) sangat lemah. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive