Kepada pemegang video lucah yang dikatakan ada kaitan dengan pemimpin Barisan Nasional diminta menyerahkannya kepada polis. Siapa agaknya yang mahu menyerahkan video tersebut dan kalau menyimpan video lucah sudah menjadi satu kesalahan. Kenapa polis tidak pandai untuk mencari video itu sendiri? Kalau polis mengharap semuanya disuapkan kemulut, semua orang boleh jadi polis. Polis kena pro aktif, kreatif dan jangan malasa.
Mungkin sebab asyik minta bantuan menyebabkan banyak kes tidak boleh selesai. Dan munkin juga sebab rakyat sudah tidak percaya dengan polis menyebabkan ramai orang tidak mahu memberi kerja sama dengan polis.
Itu ..... polis kena faham la.
Serah kepada polis DVD seks kononnya libatkan ahli politik
MStar
BATU PAHAT: Sesiapa yang memiliki DVD yang kononnya mengandungi aksi seks seorang pemimpin politik tempatan dinasihatkan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris hari ini berkata mereka yang didapati memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali.
"Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan khabar angin yang akan memburukkan lagi keadaan," katanya ketika diminta mengulas laporan media hari ini mengenai penyebaran DVD aksi seks itu di Muar, Batu Pahat dan Tangkak.
Ibrahim berkata polis tidak menerima sebarang laporan dari manamana individu tentang penyebaran DVD yang didakwa mengandungi aksi seks pemimpin politik itu.
Sampul surat mengandungi dua keping DVD tersebut dipercayai diedar secara percuma di beberapa tempat di Batu Pahat dengan cara meletakkannya di dalam peti surat penduduk dan peniaga. BERNAMA
0 comments:
Post a Comment