‘Aku letup kau macam Altantuya’
Oleh Hadzlihady Hassan
KUALA LUMPUR: “Aku akan letupkan kau menggunakan (bom) C4 seperti kes Altantuya dan kau akan jadi Altantuna,” itul antara ugutan seorang anggota tentera kepada teman wanitanya yang kini hamil tujuh bulan hasil hubungan sulit mereka.
Difahamkan, lelaki terbabit yang enggan bertanggungjawab dengan perbuatannya, melakukan pelbagai ugutan dan pernah memukul wanita itu.
Lebih malang, mangsa yang membuat sembilan laporan polis, mendakwa hingga kini lelaki terbabit belum ditahan.
Menceritakan detik pahit itu, wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 25, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya itu hampir empat tahun lalu sebelum mereka terlanjur hingga menyebabkan dia hamil.
Menurut Ina, lelaki terbabit mula membencinya selepas mengetahui dia hamil lalu sering memukulnya.
Kini, dia tidak tahan lagi dengan perbuatan lelaki terbabit dan membuat laporan polis.
Malah, dia hampir ditikam dengan pisau ketika mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah itu di rumahnya.
Katanya, dia betul-betul bimbangkan diri dan anak yang dikandung selepas menerima ugutan daripada lelaki terbabit.
“Saya tidak tahan dengan ugutan dan perbuatannya yang sering memukul serta mengeluarkan kata-kata kesat dan memburuk-burukkan saya.
“Sepanjang perkenalan, saya mengetahui lelaki terbabit pandai membuat bom dan dia pernah menceritakannya kepada saya,” katanya.
Menurut Ina, dia dan lelaki terbabit pernah dipanggil untuk diambil keterangan.
“Lalu, lelaki itu mengaku di hadapan polis dia mengugut mangsa. Bagaimanakah nasib saya dan anak yang dikandung ini,” katanya.
Jan 1, 2008
POLIS TIDAK AMBIL TINDAKAN?
Labels: Media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment