KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 13, 2008

5 projek koridor RM1,074 bilion .... Siapa punya?

Mari belajar mengira ... RM1074,000,000,000.00 (kos projek) / 26,000,000 (penduduk) = RM41, 307.00 seorang. Seorang rakyat bertanggung jawab dengan jumlah itu tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, pro kerajaan atau pembangkang.

Jika wang yang digunakan diperolehi dan punca hutang kerajaan dari pihak luar, bermakna ia menjadi hutang kepada 26 juta rakyat. Keputusan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin itu, telah membuatkan semua rakyat berhutang dengan jumlah sebanyak RM41,037 seorang.

Bila projek berjalan dan keluarnya peruntukan sebanyak itu, HASILnya yang kita akan lihat adalah Pendapatan perkapita rakyat Malaysia yang meningkat. Tapi siapa yang dapat? Mungkin 1,000 atau 10,000 kontraktor yang terlibat? Selain komisyen yang diperolehi oleh orang Tengah kepada projek koridor yang terdiri dari syarikat BERUK.

Ngarut punya projek. Nak dapat balik modal pun tak tau bila. Malaysia akan tinggal dengan hutang di keliling pinggang dan minta pemimpin baru untuk tanggung semua itu. Malaysia dan rakyat akan menjadi papa kedana. Bila ada pembangunan, rakyat akan menjadi balaci membayar kos penyelenggaran semua pembangunan itu terus terusan pada masa hadapan. Bagaimana untuk membayar? Melalui pelbagai bentuk cukai dan kenaikan harga barangan. Hah.....jangan tak tau ye !!!!

Pelaburan masuk? Ia akan bergantung sejauh mana hebat nya PM yang kuat tidur serta barisan pemimpin yang korup untuk membawa masuk pelaburan. Tetapi kebanyakan negara sudah tidak mahu melabur disini, selagi Abdullah Badawi menjadi Perdana menteri. Semuanya gara gara kelemahan kerajaan, rasuah tinggi, jenayah menjadi jadi dan kalau anda seorang pelabur asing, mana yang anda pilih ... Malaysia, Cina,Vietnam atau lain lain negara lagi? Kenapa labur di Malaysia yang tidak lagi makmur, aman dan harmoni?

Bila semuanya gagal, kos pembangunan sudah pun langsai, Abdullah Badawi letak jawatan dan rakyat terus tanggung hutang. Padan la muka kita. Ketika itu nanti, tidak guna tuding jari. Salahkan diri sendiri kerana memilih pemimpin sebegini. Ianya sudah tidak berguna lagi kerana wang sudah langsai, pemimpin sudah kaya dan yang tinggal adalah rakyat yang papa kedana. Maka apa logiknya kalau Abdullah Badawi digelar pemimpin yang SEDERHANA, sedangkan pembangunannya lebih MEGA dari Mahathir, Kapallayarnya lebih MEGA dari orang lain. Kapalterbangnya juga lebih MEGA dari pemimpin sebelumnya dan tidurnya lebih LENA dari orang lain.

Jumlah pelaburan 5 projek koridor RM1,074 bilion

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Jumlah keseluruhan pelaburan di koridor-koridor pembangunan yang bakal melonjakkan ekonomi negara termasuk di Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) yang dilancarkan semalam bernilai RM1,074 bilion.

SCORE yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan projek pembangunan wilayah kelima melibatkan pelaburan berjumlah RM334 bilion dalam tempoh 23 tahun.

Pada 29 Januari lalu, Abdullah melancarkan projek pembangunan koridor keempat iaitu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dijangka menerima pelaburan berjumlah RM105 bilion dalam tempoh 18 tahun pelaksanaannya.

Projek pembangunan koridor pertama negara secara rasminya dilancarkan pada 4 November 2006 bagi mengubah sebuah kawasan seluas 2 1/2 kali Singapura di selatan Johor kepada sebuah bandar raya metropolis.

Menurut Khazanah Nasional Berhad, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) melibatkan pelaburan bernilai kira-kira RM346 bilion dan ia akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan Julai lalu pula memperoleh pelaburan RM177 bilion manakala Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), projek pembangunan koridor ketiga negara pula melibatkan pelaburan RM112 bilion. More......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive