SHAMSIAH dibantu oleh pegawainya selepas terjatuh dari motosikal di Kampung Padang Behor, Sena, Kangar semalam.
Isteri MB Perlis terjatuh motosikal
kosmo
KANGAR - Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat (Baidunita) Perlis, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin cedera pergelangan kaki kirinya selepas motosikal yang diboncengnya terbabas ketika mengelakkan seekor lembu di Kampung Padang Behor, Sena di sini semalam.
Kejadian berlaku ketika Shamsiah yang juga isteri kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengikuti program turun padang menyampaikan bantuan kepada warga emas dan kurang upaya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena pukul 12 tengah hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Azihani Ali yang juga wakil rakyat kawasan DUN Sena berkata, motosikal yang ditunggangi oleh pembantu peribadi Shamsiah, Hayati Ahmad, 30, terbabas ketika mengelak seekor lembu. Hayati tidak cedera.
Katanya, Shamsiah yang membonceng motosikal itu yang terjatuh cedera dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Fauziah (HTF).
"Sebelum kejadian, Shamsiah sempat menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di Kampung Padang Behor," katanya.
Ekoran kemalangan itu, Shamsiah meminta beliau meneruskan program menghantar bantuan tersebut.
No2umnO - Aku bukan tak kesian dengan diorang nihhh... tapi benda yang tidak pernah dibuat, kini terpaksa dibuat hanya kerana mahu dilihat turun padang membantu. Berapa kali isteri Shahidan ni pernah naik motor? Orang senang la kononnya. Bila disuruh turun padang, dia ingat senang apa yang orang kampung lakukan. Sehinggakan ada TERPAKSA menaiki motor membawa keluarga semua. Kini pemimpin kononnya berjiwa rakyat. Menang suami nanti di dalam pilihanraya, isteri pun senang juga. Sayangnya usaha itu diakhiri dengan insiden jatuh tertonggeng.....
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment