KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 13, 2008

KERAJAAN BUBAR ... PULANGKAN KEMUDAHAN ANDA SEGERA!!!


Berikutan pembubaran parlimen pada hari ini, maka semua pemimpin diminta pulangkan kemudahan yang rakyat berikan. Mana yang duduk di Putrajaya tu belajar belajar duduk kat rumah sewa. Tinggal di masjid pun tak boleh. Sila angkut anak bini dan menantu sekali. Kalau ada di kalangan pemimpin yang masih BERDEGIL menggunakan kemudahan dari rakyat ..... MEMANG LAH TAK SEDAR DIRI !!!

Parlimen Bubar Hari Ini Untuk Pilihan Raya Umum Ke-12

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive