KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 13, 2008

MINDA MUFTI: Pembetulan salahfaham kenyataan Mufti Perlis ?

TELAH berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya.

Di sini saya jelaskan seperti berikut;

Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”.

Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam.

Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat.

Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).

Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).


Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

No2umno - Tatoo? Zaman dulu pun dipanggil tatoo?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive