Gara-gara Najib, MPJ akan diambil tindakan mahkamah
Zaili Muhammad
harakahdaily
JASIN, 13 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berikutan kebiadapan anggota penguatkuasaan mereka merampas bendera PAS yang dipasang pada premis persendirian.
Kejadian itu berlaku pada hari Isnin, 11 Februari 2008, lebih kurang jam 5 petang oleh seorang anggota (MPJ) Arif Fadhilah Mamat yang mencabut tiang bendera dan merampas bendera tersebut, manakala 7 orang lagi anggota cuma memerhatikan sahaja dari dalam kenderaan.
Sedangkan bendera Umno yang dipasang di setiap tiang lampu, pagar Poliklinik Umbai dan pembahagi jalan di Pekan Umbai bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke perasmian Perkampungan Ikan Bakar Terapung (PIBT) di Umbai, buat kali ketiga tidak diusik oleh mereka.
Difahamkan bahawa ini merupakan kejadian kali ketiga dan pada pagi semalam PAS kawasan Jasin yang diketuai Naib Yang Dipertuanya (YDP), Yuhaizad Abdullah bersama empat orang Ahli Jawatankuasa Kawasan telah pergi ke pejabat YDP MPJ, Kamarudin Md Shah, bagi mendapatkan penjelasan, namun mereka cuma dapat bertemu dengan Ketua Penguatkuasa sahaja.
Menurut Ketua DPPNM, Ustaz Kamarudin Sidek, kedatangan Najib pada kali ini telah menimbulkan kontroversi di DUN Serkam yang merupakan antara kawasan panas di Melaka dan dijangka akan dapat ditawan oleh PAS pada kali ini.
"Umno ambil kesempatan dengan memperalatkan MPJ supaya merampas bendera PAS di kawasan persendirian buat kali ke tiga di dalam DUN ini dan ianya juga menunjukkan kegusaran Umno berhadapan dengan PAS pada kali ini.
"Permikiran petugas MPJ juga tidak profesional, masih ditakuk lama, kuno dan primitif walaupun sudah dinaikkan taraf kepada majlis perbandaran," kata beliau dengan nada kesal.
Pada perasmian kali ketiga itu juga Najib menabur janji memberi peruntukkan RM 15 juta bagi membina jeti baru di dalam DUN Serkam yang selama hampir empat penggal tidak dipedulikan oleh wakil rakyat Serkam, Dato' Wira Ahmad Hamzah juga buat kali kedua setelah diumumkan oleh Ali Rustam tempohari ketika lawatannya ke sini.
Empat jeti baru yang dijanjikan itu masing-masing di Pengkalan Umbai, Serkam Pantai, Pantai Siring, Pulai dan Pengkalan Sempang Pantai, Merlimau adalah merupakan jeti kayu yang telah uzur dan reput berbanding dengan jeti di DUN lain yang telah digantikan dengan jeti konkrit. - mks.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment