Bashir Ishak
harakahdaily
KANGAR, 13 Feb (Hrkh) - PAS Perlis sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-12 walaupun pengumuman pembubaran parlimen dibuat secara mengejut oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Menurut Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim, PAS Perlis sudah lama membuat pelbagai persediaan PRU dan apabila parlimen dibubarkan, gerakerja jentera parti akan dipertingkatkan ke tahap maksima.
"Saat yang dinantikan dah tiba, jadi jentera kita di setiap peringkat perlu menukar pacuan ke gear lima mulai hari ini," jelasnya.
Bagaimanapun, mengulas pembubaran tersebut, Hairy melihat Abdullah secara terang-terang mempersendakan seluruh rakyat Malaysia apabila semalam beliau menyatakan tiada pembubaran parlimen akan berlaku hari ini.
"Pak Lah ni hidup-hidup menipu rakyat, sehinggakan ramai yang tercengang mendengar maklumat pembubaran parlimen ini. Secara jelas beliau bukan lagi seorang yang boleh dipercayai.
"Inikah yang cuba ditonjolkan oleh halifah Islam Hadhari? Sudahlah sistem pilihan raya di Malaysia masih dipertikaikan dan tarikh pilihan raya menjadi bahan sendaan di seluruh dunia kerana tidak diberitahu awal kepada umum. Memanglah sesuai kalau disebut negara jakun," katanya. - mks.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment