Azamin Amin
harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Gombak, Dato' Dr Rahman Ismail telah mengarahkan wakil dan agennya membeli sejumlah lebih 1,000 naskhah Harakah yang menyiarkan gambar berdua-duaan beliau dengan Senator Dato' Norhayati Onn yang juga seorang Ahli Exco Wanita Umno Malaysia.
ImageGelabah dengan isu skandal dan gambar itu, pembelian secara borong Harakah itu dilakukan pada Khamis 14 Februari lalu untuk memastikan berita skandal tersebut tidak diketahui umum.
Ramai pembeli tetap Harakah turut membuat aduan bahawa akhbar terbabit sudah tidak dijual di beberapa kedai dan ketika ditanya kepada para pekedai sekitar sini, semua memaklumkan bahawa beberapa wakil BN datang membeli Harakah secara borong, setelah diselidiki ianya atas arahan Rahman.
Demikian adalah petikan berita daripada risalah Kempen yang dijual RM2.00 telah diedarkan ke seluruh negara untuk pembaca yang dahagakan informasi tepat mengenai suara alternatif dalam demam pilihan raya umum ke-12.
Antara yang isu menarik dalam Kempen ini ialah analisis semasa mengenai isu penyelewengan pilihan raya, isu negara berkebajikan, isu kegagalan pengurusan ekonomi, skandal anak menantu Perdana Menteri termasuk pendedahan Rahman Ismail yang membeli semua naskhah Harakah tersebut.
"Selain Kempen berharga RM2.00, kami juga menerbitkan Kempen 1, Kempen 2, Kempen 3 secara percuma dan diedarkan melalui PAS Negeri masing-masing," ujar Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.
Edisi khas Kempen sudah berada di pasaran hari ini dan bagi yang berminat untuk memiliki edisi ini boleh mendapatkannya terus di Pejabat Urusan Harakah, Jalan Pahang Barat atau menelefon ke nombor (03-40213343). - mks.
Feb 22, 2008
Akibat mahu tutup skandal, bekas YB gelabah beli semua Harakah!
Labels: Dato' Norhayati Onn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment