KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 22, 2008

Gelora politik di Langkawi


pkrlangkawi
Oleh Syed Azwan Syed Ali
Khamis, 21 Februari 2008

KL: Umno di Langkawi seolah-olah "bergelora" sejak seminggu lalu apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen di situ.

Persoalan siapa bakal menjadi calon tiba-tiba menjadi topik hangat apabila dua kumpulan kepimpinan pulau lagenda itu mengeluarkan kenyataan berbeza sama ada menyokong Mukhriz, 44, atau penyandang Datuk Paduka Abu Bakar Taib, 65. Satu pihak dilihat memihak kepada Mukhriz manakala satu lagi menolaknya dengan alasan beliau bukan anak tempatan seperti Abu Bakar yang telah berkhidmat di kawasan itu sejak 17 tahun lepas atau tiga penggal pilihan raya umum. Bagaimanapun, pemerhati politik Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat kemelut Umno Langkawi itu sebagai satu fenomena "politik personaliti" antara dua calon. "Saya lihat apa yang berlaku di Langkawi bukannya politik Umno tetapi politik personaliti. Ini terjadi berikutan konflik yang wujud rentetan daripada kritikan terbuka Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) suatu ketika dulu.

"Ia menjalar ke peringkat bawah dan diterjemahkan dalam penolakan Mukhriz tetapi dalam sudut lain, ia adalah perkembangan yang positif.

Dalam jangka panjang jika Mukhriz dicalonkan ia diharap dapat mewujudkan perdamaian antara Dr Mahathir dan Abdullah," kata Shamsul Amri yang juga Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik UKM kepada Bernama. Setiausaha Umno Bahagian Langkawi Mohd Saiful Mustafa, Isnin lepas, berkata Umno bahagian itu menolak Mukhriz kerana beliau bukan anak tempatan dan mendakwa 85 daripada 91 cawangan Umno mahu Abu Bakar dikekalkan. Bagaimanapun, Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat berkata 33 daripada 91 cawangan parti telah menandatangani kenyataan sokongan terhadap Mukhriz yang dilihat mampu membawa pembaharuan dan pembangunan kepada lebih 40,000 penduduk Langkawi.

"Ini menunjukkan Mukhriz mendapat sambutan baik di Parlimen Langkawi," katanya pada sidang akhbar Rabu yang turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) antaranya pengerusi veteran Umno Langkawi Bakar Ahmad, Ketua MCA Langkawi Datuk Chew Liau Weng dan Ketua MIC Langkawi Manogaran Thopasamy.

Ramai pemerhati politik tempatan berpendapat kedua-dua calon, Abu Bakar atau Mukhriz, mampu untuk memikul tanggungjawab menjadi wakil rakyat BN kerana keduaduanya mempunyai ciri-ciri kepimpinan mesra rakyat, rendah diri dan berwibawa dengan latar belakang yang berbeza.

Bakar dilihat sebagai pemimpin kelahiran tempatan yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang sebagai kakitangan kerajaan, manakala Mukhriz dikenali melalui peranan aktif beliau dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO), Aman Malaysia, selain merupakan ahli perniagaan berjaya. Terbaru, Muhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan NGO Pemuda Umno dan Penyelaras Aman Malaysia mengetuai pasukan misi kemanusiaan menghantar ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza pada minggu lepas. "Saya berpendapat kedua-dua pihak itu seharusnya mengutamakan sokongan kepada calon yang akan dipilih. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Ini bukan masanya nak bergaduh sesama sendiri atau mencari salah. "Kena fikir apa yang terbaik untuk Umno, BN dan pengundi.

Namun yang pasti kata putus ada di tangan Pak Lah (Abdullah) selaku presiden parti. Apa yang penting sokong calon yang dipilih," kata Shamsul Amri. Abu Bakar yang menewaskan pencabarnya, Zubir Ahmad (PAs) dengan majoriti 10,772 undi dalam pilihan raya umum 2004 dilaporkan akhbar tempatan sebagai berkata beliau bersedia memberi laluan kepada Mukhriz.

"Kenyataan Abu Bakar yang akan akur kepada apa jua keputusan pucuk pimpinan itu sebenarnya satu "endorsement" yang kuat. Apa lagi yang nak dipersoalkan, kita tunggu dan lihat siapa yang dipilih," kata Shamsul Amri. Pemerhati politik menjangkakan Mukhriz tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk memenangi kerusi parlimen itu jika dipilih berdasarkan legasi sumbangan bapanya yang merintis pembangunan di pulau legenda itu. Dr Mahathir yang pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor kira-kira 50 tahun lepas, bertekad untuk mengubah "Sumpah Mahsuri Tujuh Keturunan" menjadi pulau bebas cukai (status itu diperoleh pada 1987) dan pulau destinasi pelancongan bertaraf dunia. Dengan pekan Kuah sebagai pusat pentadbirannya, Langkawi yang terdiri daripada 104 gugusan pulau, mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayu dengan selebihnya adalah pengundi cina, India dan lain-lain.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive