Oleh Rosli Ismail
penpasksgb.blogspot.com
JENTERA pilihanraya UMNO kawasan parlimen Arau,Perlis lumpuh samasekali berikutan perletakan jawatan beramai-ramai pimpinannya diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Senator Datuk Ismail Kassim .Ia dikatakan makin merebak ke kawasan parlimen Kangar dan Padang Besar.
Ismail yang juga adik kepada Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengadakan sidang akhbar di Kangar jam 4 pagi (Jumaat) untuk mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.Beliau disertai oleh sebilangan pemimpin UMNO Bahagian itu.
Ini kerana rasa tidak puashati pemilihan calon-calon yang dakwannya tidak ikut cadangan bahagian dan kebanyakannya calon 'orang luar’ yakni bukan ahli bahagian itu.
Ismail yang dihubungi Agendadaily jam 5.30 pagi (Jumaat) berkata mereka melihat langkah memilih calon-calon berkenaan adalah tanda tiada kepercayaan pucuk pimpinan kepada cadangan bahagian.
Menjawab satu soalan beliau mendakwa keadaannya seolah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad ‘menguasai’ UMNO Perlis.
Ditanya lagi adakah Menteri Besar selaku Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Rozabil Abdul Rahman juga Setiausaha Politik Shahidan mengambil pendirian sama dengan mereka,Ismail berkata, “ hal itu kena tanya sendiri kepada mereka.”
Beliau memberitahu pada waktu tengahari Khamis kira-kira 10,000 orang telah berkumpul di kediaman Menteri Besar sebagai tanda sokongan kepada Shahidan dalam ' kemelut pemilihan calon ' UMNO Perlis.
Katanya pada sebelah malam pun ramai datang berkumpul di sebuah dewan di Kangar.
Ismail menegaskan tindakannya bukan tanda derhaka kepada parti.Katanya beliau tetap membantu kempen tetapi sebagai ahli biasa sahaja dan harap calon BN menang.
"Saya tak keluar parti...saya masih ahli parti yang setia...kami akan bantu kempen tapi bukan sebagai jentera ..cuma sebagai ahli biasa,"katanya.
Kepada soalan lain katanya pertandingan bagi kerusi Parlimen Arau dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan berkenaan menghadapi saingan sengit PAS khususnya dengan penyertaan Datuk Haron Din sebagai calon.
“Persaingan kami di Arau boleh dikatakan sengit macam di Kelantan,”katanya.
Dalam pada itu difahamkan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar dan Ketua Wanita Bahagian Padang Besar juga letak jawatan kerana sebab yang sama.
SEHINGGA AWAL PAGI JUMAAT ini difahamkan Shahidan dicalonkan bertanding kerusi parlimen Arau manakala Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid pula sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri di Padang Besar.Belum pasti kedudukan Radzi.
Pihak Istana Perlis juga dikatakan ada campurtangan dalam kemelut ini.
Kemelut dalam isu calon negeri itu mula disedari ramai pihak bila Shahidan yang dijadual mengadakan sidang akhbar jam 3 petang Khamis untuk umum senarai calon Perlis telah membatalkannya.
Ini kerana Menteri Besar itu masih berada di Putrajaya.
Suasana politik Perlis baru-baru ini dihangatkan oleh kontroversi bila Radzi membuat kenyataan terbuka mempersoalkan kepimpinan Shahidan.
Malah beliau berkata Azmi layak menjadi Menteri Besar Perlis yang baru.
Shahidan telah menafikan segala dakwaan Radzi.
Bagaimanapun dalam pengundian yang dijalankan oleh pimpinan UMNO Bahagian Kangar untuk memilih calon kerusi parlimen Radzi mendapat tempat ketiga.
Nombor satu disandang oleh Ketua Bahagian Bakri Datuk Ali dan Timbalan Ketua bahagian Datuk Hashim Subuh manakala seorang lagi dapat undi sama banyak dengan Radzi di nombor ketiga iaitu Ketua Wanita Azihani Datuk Ali.
Di Padang Besar, Azmi dapat ‘nombor jauh kebelakang’ dan nombor satu ialah Ketua UMNO Bahagian Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Begitu juga halnya bagi Datuk Syed Razlan Jamalulail di Arau.Di situ Ismail mendapat undi terbanyak.
Para pemerhati politik berkata adalah diketahui umum Shahidan mempunyai sokongan grassroot yakni kalangan ahli UMNO dan orang kebanyakan yang kuat di negeri itu.
Sebaliknya Radzi dan Azmi tidak mempunyai grip sekalipun di bahagian masing-masing. Agendadaily.com
Feb 22, 2008
Shahidan: Umno Arau mulakan protes besar-besaran
Labels: UMNO bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
wah... sudah sampai masanya Parti Cap keris "lawan tokak sanggui(sanggul)" ..dah lamadah bagilah orang lain pulak
..tokaklah sanggui masing-masing, Peghelih buat buleh!, cua hampa tukag sekali dengan lambang baghu. Cua habag mai, cua habag pi kat beradik-beradik semua tukag, sambe kita pekena "lagsa" di kola dengan "pulut udan" di tepi "lait". Dah la makan puluit sakit lutuit tak pakai kasuit. Jom undi PAS/PKR. Biag depa pakat tokak sanggui dengan Beruk Kentoi!
Post a Comment