KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 22, 2008

Zaman Hadhari, Imam dan Bilal semuanya lari

buletinonline.net

Kuala Berang, 21 Feb – Buletin Online mendapat satu surat aduan yang amat menyedihkan kita umat Islam dan rakyat Terengganu.

Kerajaan UMNO/BN yang memberitahu seluruh dunia bahawa mereka adalah kerajaan yang hebat, ternyata hanyalah pembangunan solekan yang nampak indah, tetapi apa yang di heboh-hebohkan ‘pembangunan modal insan’ hanyalah kata-kata ‘khidmat bibir(lips service)’ pemimpin UMNO/BN Terengganu. Dibawah di paparkan surat aduan tersebut :

No. Rujukan : EA0003855
Tarikh : 07-Februari-2008 12:48 PM
Kategori Aduan : Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri

-------------xxx-------------

Kepada
Al Fadhil Pegawai Agama
Pejabat Agama Islam
Kuala Berang
Terengganu

Al Fadhil Ustaz,

KETIADAAN IMAM / BILAL MENGURUSKAN MAJLIS TAHLIL KEMATIAN

Terlebih dahulu, saya memohon maaf jika apa yang akan saya laporkan nanti mungkin akan menyakitkan sesiapa saja yang membacanya. Tetapi demi kebaikan semua orang saya terpaksa menulis. Saya bukan nak aib dan memalukan orang. Saya bukan nak tenguk kesilapan / keburukan / kelemahan / menghina sesiapa dan bukan nak cari negatif orang.

Saya mohon al fadhil ustaz, tolong baca surat ini sampai habis. Tolong jangan dibakul sampahkan. Ini bukan spam. Ini melibatkan maruah seseorang islam yang lain.

Al Fadhil ustaz, senarionya begini:

Pada 6 / 02 / 2008 ( malam Khamis ) saya telah menghadiri satu majlis tahlil kematian ( malam ke 3 ) di rumah saudara saya di Muqim Landas ( berham-piran dengan stesyen minyak esso Landas ). Setelah agak lama menunggu maka hadirlah anak muqim seramai lebih kurang 10 orang.

Tetapi malangnya, lebih kurang jam 9 30 malam, imam /bilal yang yang ditunggu-tunggu tidak muncul. Akhirnya, setelah diminta oleh pihak tuan rumah, majlis tahlil itu telah dikendalikan oleh seorang haji dan doanya telah disempurnakan oleh anak muqim yang lain. Walaupun tahlilnya ringkas dan doa yang dibacakan tersekat-sekat, majlis itu akhirnya selesai dijalankan. Alhamdulillahi wa syukran.

Saya bertanya salah seorang dari anak muqim. Kemana imam? Kemana bilal? Berapa orang imam / bilal bertauliah di situ? Selalukah peristiwa ini terjadi? Kalau imam tiada, siapa yang menguruskan? Siapa ketua kampung / JKKK?

Jawapan mereka seperti berikut:

1, Iman / bilal bertauliah ada 3 orang ( 6 orang semuanya ) - imam juga merupakan Pengerusi JKKK
2. Imam Tua ( orang lama ) mengajar di masjid luar
3. Acap kali terjadi
4. Orang luar yang menguruskan

Al fadhil ustaz, saya rasakan pembaziran duit kerajaan negeri telah berlaku di sini. Mereka diberi alaun yang tinggi. Tetepi kemana perginya mereka di saat-saat anak muqim memerlukan mereka? Kerana soal urusan tahli dan kematian hanya boleh dilaksanakan oleh mereka ini sahaja.

Bukan itu saja, anak muqim bercerita, lima malam sebelum itu telah berlaku satu kematian ( selang 3 buah rumah dari rumah saudara saya ) tetapi ketiadaan imam / bilal yang menguruskan mayat mereka di kubur. Saya dengar talqin kubur tidak dilakukan. Begitu juga selama 3 malam tahlil, mereka tidak ada. Untuk makluman, semua penyempurnaan telah disempurnakan oleh kaum kerabat si mati yang datang.

Begitu juga dengan kematian seorang wanita tua ( berhampiran kilang sawit ) sebelum itu. Jenazahnya telah diuruskan oleh pekerja Bangla yang mencari rezeki di situ. Ini semua memalukan. Ini adalah perbuatan zalim. Ini adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Mana lafaz ikrar mereka kepada kerajaan negeri? Perbuatan mereka benar-benar mengaibkan dan memalukan keluarga sebelah simati yang pada waktu itu benar benar mengharapkan kehadiran mereka.

Apa sudah jadi ustaz?
Semua imam sibuk?

Imam tua sibuk mengajar di masjid luar ( untuk claim habuan ). Imam muda enak selesa di rumah menonton TV. Bilal ghaib entah.

Saya terfikir-fikir, apakah :

1. Simati itu bangkai yang tidak perlukan pengurusan, sewajarnya
2. Apakah maruah pihak simati boleh ditutup dengan jawapan saya sibuk, bukan keluarga saya, saya mengajar di luar dan saya kena pergi
3. Saya cuma bilal saja
4. Tak cukup lagikah elaun /habuan yang mereka terima?
5. Apakah semua orang kampung itu menjadi musuh mereka?
6. Apakah perasaan pihak dan kaum keluaraga simati ketika itu?
7. Apakah urusan kematian / tahlil tiada kaitan dengan mereka?
8. Apakah mereka tiada perasaan?
9. Apakah mereka hanya mementingkan duniawi semata-mata?
10. Apakah mereka hanya mahu makan elaun buta?
11. Apakah mereka hanya tahu tenggala tanah orang tetapi tidak tanah sendiri?

Akhirya, saya sebagai orang luar / wakil pihak keluarga simati, memohon jasa baik pihak yang arif al fadhir ustaz MENYIASAT perkara ini. Ustaz KENA AMBIL TINDAKAN TEGAS. Mintak ustaz selesaikan masalah ini secara bil hikmah. Ini melibatkan tanggungjawab dan komitmen mereka kepada masyarakat. Ini melibatkan kredibiliti mereka sebagai ketua kampung / pengerusi JKKK / imam dan bilal di sini.

Kerana perbuatan mereka itu tidak baik dan tidak eluk pada pandangan mata orang kampung / luar Kerana perbuatan mereka membazir duit kerajaan. Kerana perbuatan mereka bercanggah dengan lafaz ikrar imam / bilal. ( berlawanan dengan etika pejawat awam ) Kerana perbuatan mereka tidak mengikut lunas mursalah-mursaleh dan al haq yang digariskan dalam islam malah perbuatan mereka dimurkai oleh Allah SWT.

Saya juga sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan YB Dato atau YB Dato Maidam atau YAB MB sendiri.


Sekian dan terima kasih. Wassalam.

Saya yang benar,
Waris simati

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive