penarikbeca.blogspot.com
Sekiranya Barisan Nasional menang lagi di Taiping, Lenggong dan Sungai Siput, saya tidak tahu apa lagi hendak dikatakan kepada orang-orang Umno di kawasan itu.
Sebelum ini, saya sakit hati betul dengan orang-orang Umno Sungai Siput (jangan lupa ratib sakti Datuk Seri S Samy Vellu, "Umno jiwa saya! Umno nadi saya!") dan Bukit Gantang. Kalau saya berjumpa dengan mereka, hati saya pedih!
Hati saya pedih walaupun saya tidak memusuhi mereka.
Saya yakin, orang-orang India (Makkal Sakti!) dan orang-orang Cina yang bermaruah di Sungai Siput tidak akan memberikan undi kepada Samy Vellu.
Mereka ada maruah dan harga diri. Begitu juga orang-orang Melayu yang bermaruah. Tetapi, orang-orang Umno... entahlah!
Saya tidak mampu memusuhi ahli-ahli Umno di mana-mana pun kerana mereka adalah saudara saya di dalam Islam. Malah, ramai orang-orang Umno yang dekat di hati saya.
Tak mungkin saya balik ke kampung saya di Matang, Taiping dan berkelahi serta memaki-hamun orang-orang Umno kawasan Bukit Gantang. Matang berada dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Tak mungkin saya memaki hamun adik-beradik saya di Sungai Siput yang menyokong Umno serta kembang-kempis hidung mereka apabila disebut nama Samy Vellu.
Sungai Siput menghantar nostalgia tersendiri dalam kenangan saya. Kecil-kecil dulu, Sungai Siputlah tempat saya "berjalan". Rumah Allahyarham abang emak saya di situ. Samy Vellu kenal Allahyarham Cik Gu Hamzah kerana beliau bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Sungai Siput.
Ahh, saya dah menyentuh bapa saudara yang sangat-sangat saya kasihi...
Apa pun, jika Samy Vellu menang lagi di Sungai Siput, orang-orang Umno Sungai Siputlah yang sebenarnya menjadikan sakit hati orang-orang India lebih parah dan berdarah.
Jika Kayveas menang lagi di Taiping, orang-orang Umno Taipinglah yang memerah air mata rakan-rakan mereka, ahli-ahli Umno di Lenggong dan Gerik. Lenggong dan Gerik... Ramai adik-beradik saya di sana, juga tempat saya "berjalan" kecil-kecil dahulu.
Jika Kayveas menang lagi di Taiping, orang-orang Umno Taipinglah yang yang menafikan pembangunan yang menyeluruh di Taiping kerana Hasrul Halid mendedahkan, pembangunan di Taiping "untuk 'ras' tertentu sahaja".
Lebih dari itu, jika Barisan Nasional menang lagi di Lenggong, izinkanlan saya katakan kepada orang-orang Umno Lenggong termasuk adik-beradik saya, "boleh jalanlah air mata buaya hampa!"
Feb 22, 2008
Boleh jalanlah air mata buaya hampa!
Labels: Belit samy, Hindraf, Makkal Sakthi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment