KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 22, 2008

Kejayaan Pertama Blog Anti Khairy!!!

Mamak Reezal jual GPMS pada Khairy

antikhairy

Pada 9 Oktober 2007 dalam posting kami yang bertajuk Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (4), , kami ada mendedahkan tentang rancangan jahat menantu PM untuk memastikan orang-orangnya berkuasa disetiap negeri. Di dalam artikel tersebut kami menerangkan tentang bagaimana Wan Farid, Setiausaha Politik PM mahu dipastikan menjadi Menteri Besar baru Terengganu bagi menggantikan Idris Jusoh.

Pendedahan kami telah menyebabkan Idris Jusoh dan orang-orangnya lebih berhati-hati. Walaupun Idris umpama boneka bagi menantu PM di Terengganu, dia tetap mahu menjadi Menteri Besar bagi negeri itu. Idris yang menghidu rancangan jahat menantu PM itu telah bertemu dengan PM dan mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan, UMNO Terengganu akan belot dan memberi undi kepada PAS seperti apa yang berlaku pada pilihanraya umum 1999.

PM akur dengan desakan Idris. Wan Farid yang sebelum ini diura-urakan bertanding di DUN bukan sahaja tidak disenaraikan di kerusi DUN malahan turut tidak mendapat tempat bertanding di kerusi Parlimen.

Terima kasih kami ucap kepada seluruh penyokong blog ini yang banyak membantu kami mendedahkan rancangan jahat menantu PM. Teruskan membantu kami untuk membongkar skandal dan kejahatan menantu PM.

Sila lihat berita yang disiarkan oleh Malaysiakini dibawah:

Setiausaha Pak Lah tidak tersenarai
Feb 20, 08 2:53pm

Setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang diuar-uar bertanding di Terengganu tidak disenaraikan bagi pilihanraya umum nanti.

wan faridWan Farid sebelum ini dispekulasi akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar.

Nordiana Shafie, ketua Puteri Umno negeri dan juga anggota Majlis Tertinggi (MT), pula dicalonkan bertanding di kubu kuat PAS di Batu Burok.

Kawasan parlimen Marang, kerusi kegemaran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ditandingi oleh Datuk Dr Ahmad Ramzi Md Zubir, setiausaha politik Menteri Besar Terengganu.

Dengan itu penyandang kerusi tersebut, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar, digugurkan. Turut digugurkan kali ini, penyandang kerusi parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.

Hanya tiga penyandang dikekalkan, masing-masing Besut, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Senarai calon BN diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh di kediaman rasminya tadi.

Selain Nordiana, 12 lagi muka baru dinamakan untuk bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Lapan kerusi parlimen ditandingi lima muka baru. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive