Ketua Perusuh
harakahdaily
Isu penggunaan samseng dalam mana-mana pilihanraya (kecil atau umum) di Malaysia nampak gayanya tidak akan reda. Malah memang terdapat segelintir calon pilihanraya ataupun pembantu-pembantu calon pilihan raya dikenalpasti mendapatkan khidmat samseng ini.
Biasanya khidmat samseng dipilih berasaskan kepada senario sesuatu kawasan dan keperluan untuk memenangi pilihan raya tersebut yang amat tinggi. Upah yang dikenakan pula ada yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Pada pilihan raya kecil Ijok, terdapat beberapa insiden yang didalangi oleh samseng pilihan raya. Telah dikenalpasti bahawa Barisan Nasional dibawah pengaruh Pemuda UMNO dan MIC memang sedia maklum menggunakan khidmat samseng.
Polis Bukit Aman tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana calon parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac ini, jika didapati mendapatkan khidmat gengster kongsi gelap atau samseng untuk meraih sokongan pengundi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata pada masa ini, polis sedang giat memantau calon yang bakal bertanding berikutan khabar angin wujud elemen gengterisme yang digunakan pihak tertentu pada pilihan raya ini.
Namun biasanya samseng yang ditugaskan membantu Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya mendapat pelindungan daripada pihak polis. Malah dalam beberapa kes telah dilihat pihak polis membenarkan samseng pilihan raya dari Barisan Nasional melakukan beberapa kesalahan jenayah termasuklah mengugut dan membelasah penyokong parti lawan (pembangkang).
Sebagai contoh, berikut adalah persediaan untuk menggerakkan satu unit samseng pilihan raya yang dilihat selalu memprovokasi penyokong parti lawan. Pemuda Umno telah melengkapkan seramai kira-kira 3,000 anggota Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno Bahagian Sepang bersiap-sedia berdepan sebarang taktik pembangkang pada pilihan raya umum kali ini. Pengarahnya, Sulaiman Samia’an, berkata mereka hanya menunggu arahan bagi memastikan semuanya berjalan lancar hingga hari pengundian nanti.
Ini dilihat sebagai satu usaha provokasi yang mungkin boleh mencetuskan satu masalah yang besar kerana rata-rata anggota Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno dianggotai oleh Mat Rempit dan pemuda-pemudi yang bermasalah. Ini sekaligus boleh mengganggu gugat keselamatan umum pada pilihan raya kali ini.
Beberapa maklumat yang telah diterima menunjukkan bahawa kemungkinan Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno akan melakukan beberapa provokasi menjelang hari penamaan calon adalah tinggi dan seterusnya akan menyebabkan beberapa calon mungkin akan diganggu supaya tidak dapat untuk menghantar borang pencalonan.
Desas-desus yang mengatakan bahawa akan terdapat satu gerakan untuk menggagalkan calon untuk menghantar borang pencalonan kini tersebar luas dan ianya akan membolehkan Barisan Nasional menang tanpa bertanding dibeberapa kawasan. Terdapat beberapa maklumat yang sahih yang menunjukkan bahawa beberapa ahli keluarga calon parti pembangkang akan diculik dan calon tersebut diugut agar tidak menghantar borang pencalonan.
Teknik ini dikesan pernah dilakukan dibeberapa kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya 1992, 1994 dan 1999. Antara kawasan yang pernah berlaku kes sebegini adalah di Negeri Perak (Parlimen Sungai Siput), Johor dan Melaka.
Sebagai warganegara yang prihatin, kita tidak mahu penggunaan samseng pilihan raya digunakan oleh mana-mana pihak terutamanya Barisan Nasional dan kita juga mahu Pihak Polis mengambil tindakan mengekang ianya daripada berleluasa. Namun seperti yang kita semua sedia maklum, Pihak Polis juga pernah terlibat membantu samseng pilihan raya yang ditaja oleh Barisan Nasional. - ketuaperusuh.wordpress
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment