mstar
Surat pembaca MSTAR
LAGI maklumat yang tidak betul di infokan oleh RTM dalam Berita Dunia jam 11 malam, Rabu, 20 Februari 2008.
Laporan dari RTM1 dan RTM2 memang selalu tak pernah tepat. Bak kata pepatah, banyak kalau hendak dihitung 'tak terbilang'.
Memang tak cemerlang, gemilang dan terbilang sungguh badan penyiaran maklumat RTM yang bertemakan saluran Inforia.
Apa yang dipaparkan acapkali tidak tepat, tidak padat dan juga tidak mutakhir.
Mana tidaknya asyik mengulang tayang maklumat-maklumat yang sudah lapuk bukannya info yang terkini.
Ini bukanlah tuduhan melulu atau fitnah membuta tuli namun inilah kenyataan yang perlu diperbetulkan.
Laporan Saham semasa Berita Dunia jam 11 malam tadi melaporkan Indeks Komposit Bursa Malaysia (KLCI) jatuh -1.17 mata . Padahal yang sebenarnya jatuh -11...17 mata.
Adakah kerana mereka semua terlupa menyemak semula ke sebelum finalise untuk di laporkan kepada umum?
Bak kata pepatah, bikin malu syarikat sahaja. Inilah dia contoh terbaik kerajaan punya organisasi kononnya cukup punya efisyen.
Hakikat yang sebenarnya, ini lah dia yang mereka kata 'efficiency' ya? Banyak lagi contoh yang tak terbilang!
Butiran terperinci: Indeks komposit ditutup - CI : 1,414.32 [-0.78%/-11.17] - yang ini baru boleh dikatakan tepat, padat dan mutakhir, bukannya seperti yang dilaporkan oleh RTM.
Di manakah kualiti informasi RTM? Apa sudah jadi ini? Sungguh memalukan.
Ini juga mengakui atau membenarkan akan apa yang di komen oleh CONTRAVISI tempoh hari.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment