Wan Nordin Wan Yaacob
harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Dato' Seri Rafidah Aziz bakal menerima kejutan berupa undi protes di Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Sumber kalangan ahli Umno Perak yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, pemuda dan ahli Umno tidak mahu Rafidah dicalonkan sekali lagi di Perak memandangkan terlalu lama bertapak di situ.
Menurut sumber, sebelum ini ada kalangan sayap parti di Perak yang menyerahkan memorandum mendesak Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar tidak lagi mencalonkan Rafidah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Namun, hingga kini nama Rafidah tidak digugurkan dari kerusi tersebut, dan ini akan membuatkan ahli serta pelbagai lapisan kepimpinan Umno di sana akan membuat undi protes terhadapnya.
"Kita akan cuba mengurangkan majoriti (kini lebih 11,000) Rafidah supaya beliau tahu ramai yang menolaknya.Kami memang meluat tengok dia (Rafidah)" ujarnya.
Mereka hanya mahukan calon yang lebih muda dan segar berbanding Rafidah yang sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di Kuala Kangsar, ujar sumber. - mks.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment