Hashim Abdullah
harakahdaily
TEMERLOH, 20 Feb (Hrkh) - Tindakan pemimpin Umno memperleceh hasrat PAS yang menawarkan Negara Kebajikan kepada rakyat melalui manifesto pilihan raya berpunca dari pengamalan pemikiran jahat mereka selama ini, kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.
Justeru tambah Abdul Rahim, rakyat kena sedar bahawa tindakan pemimpin Umno membuat dasar pemerintahan yang menyusahkan rakyat kerana tidak ada dalam pemikiran mereka nilai belas ihsan, kasih sayang, lalu akhirnya mereka menggunakan kuasa pemerintahan untuk menindas rakyat.
"Sebab itu bila kita nak jadikan negara kita negara kebajikan pemimpin Umno tak faham, yang ada dalam diri mereka kejahatan. Dalam diri mereka tak ada kebajikan, yang ada kejahatan dan dengan kejahatan itu mereka kekalkan kuasa.
"Kita (PAS) berbeza dengan mereka kerana kita mahu pemimpin yang adil yang takutkan Allah. Kita ada pertimbangan dosa dan pahala, bukan macam Umno, soal agama tak ada dalam kamus pemimpin Umno," katanya.
Bercakap pada ceramah di Kampung Bintang, dekat sini semalam, Abdul Rahim menambah rakyat perlu berusaha mendapatkkan maklumat yang betul dan tepat mengenai perjuangan PAS jika mahu menjadikan rakyat selamat dunia dan akhirat.
"Kita tawarkan kepada rakyat benda yang baik. Kita nak ajak rakyat hidup selamat dengan Islam. Sekarang ni banyak berlaku bermacam-macam perkara akibat daripada Umno menolak Islam. Macam-macam perkara berlaku, rogol, jenayah , bunuh dan bermacam kekalutan dalam masyarakat. Ini akan jadi lebih buruk lagi jika Umno terus berkuasa," katanya. - mns
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment