tranungkite
Oleh HermanSamsudeen
Usaha memburukkan pembangkang semakin memucak kini. Faktor-faktor ketidakstabilan negara mula dicanang bagi menakutkan rakyat. Rata-rata pemimpin Barisan Nasional kini memberikan gambaran buruk terhadap masa depan negara dibawah pakatan Pembangkang.
Najib Razak dalam kebanyakkan ucapannya menghasut rakyat agar menolak Pembangkang untuk mengelakkan huru hara dan kebangkrapan negara. Selain itu, rangkaian jentera Pemuda dan wanita juga membawa suara dan ancaman yang sama.
Negara digambarkan dalam situasi gelap sebagaimana usaha BN ketika cuba menentang arus kebangkitan rakyat dalam menyokong PAS pada pilihanraya 1990 di Kelantan.
Pada waktu itu, BN memomokkan bahawa rakyat akan kelaparan dan ekonomi tidak berkembang jika PAS menang. Akibatnya, ketika PAS menang berduyun-duyun orang dari luar datang dan membawa bekalan makan untuk rakyat Kelantan yang akhirnya membuatkan mereka tergelak besar kerana rakyat Kelantan pada masa itu tenang dan hidup sejahtera dibawah PAS.
Tiada masalah kebuluran atau kemandoman ekonomi sebagaimana yang dicanangkan sebelumnya. Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 18 tahun telah berjaya mengangkat ekonomi Kelantan dan meletakkan ditempat yang lebih baik dari pemerintahan Umno.
Akaun Kerajaan Kelantan dibawah PAS semakin baik walau pun Kerajaan BN yang menguasai Persekutuan sering menghantar peruntukkan tahunan diluar jadual yang ditetapkan. Kadang kala peruntukkan yang seharusnya diberi pada bulan Januari, hanya diterima pada bulan Disember.
Walaupun begitu taraf hidup rakyat dapat diperbaiki dan Kelantan kini telah melonjak naik dari tangga pertama negeri termiskin kepada tangga ke enam yang mana Terengganu yang kini dikuasai semula oleh BN mengambil takhta sebagai negeri termiskin di Semenangjung Malaysia kini.
Corak pemerintahan yang berhemah ini menakutkan BN kerana mereka memerintah penuh dengan salah guna kuasa.
Oleh itu, ancaman berlakunya rusuhan atau keadaan tidak stabil mungkin benar tetapi yang melakukannya adalah mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin BN yang menjadi pembangkang di DUN Kelantan sering merusuh malah pernah melakukan provokasi untuk bergaduh dalam persidangan Dewan.
Sikap biadap pemimpin BN ini harus disanggah oleh rakyat dengan menyatakan undi mereka kepada rangkaian Parti Pembangkang yang diketuai oleh PAS. Inilah masa, inilah waktunya untuk rakyat membuat penilaian tepat dan memperbetulkan kesilapan kerana terlalu banyak memberikan peluang kepada BN yang menipu dan terus menipu rakyat.
Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Bank Islam : 14023010000110
Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment