dppputrajaya
Dalam dua tiga hari ini, episod pembohongan Abdullah Badawi semakin menjadi trend terbaru yang turut dicontohi oleh wartawan media arus perdana yang dikuasai oleh BN. Pada 12 Februari lalu Abdullah @ Dollah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari. Walaubagaimana pun, pada waktu tengahari keesokkan harinya beliau menjual nama Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen secara mengejut. Ini adalah tabiat buruk Dollah yang mana berbohong itu adalah sifat terkeji kolongan munafik.
Kini, para wartawan khususnya dari Bernama telah turut sama menyertai pakatan munafik ini dan turut sama memainkan peranan dalam membohongi rakyat.
Mat Sabu Diserang
Beberapa ucapan pemimpin PAS menjadi sasaran yang kemudiannya diputar belitkan oleh mereka untuk kepentingan BN. Kenyataan ringkas Mat Sabu diputar 360 darjah menjadikan tajuk berita mereka semakin hangat dengan headline “Mat Sabu tak yakin menang di Terengganu”.
Jawapan Mat Sabu bahawa BN mempergunakan jentera Kerajaan termasuk SPR untuk mengalahkan PAS ditukarkan kepada istilah “Mat Sabu tak yakin menang di Terengganu” dalam Berita Harian dan “Mat Sabu lari lagi” dalam Utusan Malaysia.
Walaubagaimana pun, penyokong PAS telah sedia maklum bahawa itu hanyalah taktik bodoh media untuk menarik perhatian pembaca dan penyokong BN.
Kenyataan Husam Di Putar Belitkan
Seterusnya, Datuk Paduka Husam Musa turut menjadi mangsa dan media berbohong dengan mengungkapkan ayat berikut sebagai kenyataan beliau bagi menjawab persoalan berhubung kemampuan PAS menguasai Parlimen dengan hanya bertanding di 60 buah kerusi.
“(Negara Kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat permulaan ini, kita tidak berhasrat memerintah negara, PAS hanya mahu mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional(BN)sebelum ini.
“Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam mana rakyat nak buat pilihan,”
Jelas disitu ada keraguan yang cuba ditimbulkan dengan cuba membesarkan isu PAS bertanding di 60 kerusi parlimen sahaja. Persoalan ini harus dikemukakan bersama fakta yang lengkap dimana PAS telah berunding dengan KeADILan dan beberapa parti pembangkang lain dari segi pembahagian kerusi dalam konteks satu lawan satu disemua Parlimen dan DUN.
Itu bermakna PAS memang bertanding di 60 kerusi dan baki kerusi parlimen lain telah diagihkan dengan parti pembangkang yang lain. Ini sekaligus memperjelaskan bahawa Gagasan Negara Berkebajikkan itu pasti terlaksana dengan kemenangan majoriti komponen Alternatif dengan meletakkan kekalahan tipis sebagai pilihan terakhir dan kemenangan mutlak menjadi satu matlamat utama pada masa ini.
Persoalan bahawa Husam akui ketidakmampuan PAS dalam melaksanakan Gagasan Negara Berkebajikkan sedikit pun tidak disentuh.
Penipuan ini jelas dilakukan media BN bagi menyesatkan rakyat untuk tidak bersama parti pembangkang yang lebih layak memimpin negara ini.
Ucapan Dr. Lo’lo dipotong
Ucapan Dr. Lo’lo Hj Ghazali pada 19 Februari turut membuktikan bahawa media BN telah kehilangan daya fikir hingga sanggup memutar belitkan fakta.
Dakwaan bahawa Dr. Lo’Lo akui sukar tawan Titiwangsa dalam Bernama adalah tidak benar. Apa yang dikatakan Dr. Lo’lo adalah berkaitan dengan sikap SPR yang terang-terangan berusaha memenangkan BN.
Dr. Lo’lo menjadi calon wanita pertama PAS Wilayah Persekutuan dan dijangka akan membuat kejutan melalui penambahan sokong dari kaum wanita, khususnya dari kalangan pengundi India dan Cina. Walaubagaimana pun kenyataan beliau bahawa PAS memang sukar mengalahkan BN sekiranya SPR masih lagi menjadi agen mereka bersama dengan Polis telah dipendekkan dengan hanya meletakkan tajuk “Calon PAS Akui Sukar Tawan Titiwangsa” dalam Bernama.
Hakikatnya, PAS Titiwangsa kali ini berada dalam tahap terbaik untuk mengegarkan Parlimen Titiwangsa dan saban waktu jentera-jentera PAS, Pemuda dan Muslimat turun bersama rakyat bagi menyampaikan risalah.
Sokongan bukan Melayu meningkat secara mendadak dan terdapat penyokong bukan Melayu yang mendaftarkan diri sebagai petugas kempen dalam Pilihanraya akan datang. Keterbukaan PAS semakin disenangi dan kezaliman BN semakin disedari.
Rentetan pembohongan ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan kerana rakyat kini semakin bijak dan tahu menilai baik dan buruk terhadap apa yang mereka lakukan. Tindakkan memutar belitkan kenyataan pemimpin PAS hanyanya membuang masa dan tidak mendapat tempat dihati rakyat.
Benarlah kata-kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz bahawa orang Umno kini umpama ‘orang utan’ yang ghairah memainkan isu walhal mereka sendiri terperangkap dengan pelbagai sindiket penipuan terancang yang sedia dimaklumi rakyat.
Oleh itu, kepada penyokong dan para pengundi, inilah masanya untuk kita mengajar mereka erti berterima kasih dan merakyat. Undi anda untuk PAS dan BA amat penting dan selayaknya ada tidak mengikuti kebebalan ‘orang utan’ yang menerima ilmu atau informasi secara stereotype tanpa memikirkan kesannya dimasa hadapan.
Seandainya rakyat masih enggan berubah maka tunggulah saat kehancuran negara ditangan-tangan pemimpin rasuah dan penipu yang ditaja oleh BN.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment