Oleh AFP
Khamis, 21 Februari 2008
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghadapi pilihan raya umumnya bulan depan, tetapi kali ini kempen pilihan raya akan turut berjalan dalam talian.
Ini kerana parti-parti pembangkang kini menggunakan laman-laman blog dan YouTube untuk mengatasi langkah media rasmi dan utama Malaysia untuk tidak menyiarkan pandangan mereka, lapor agensi berita AFP semalam.
Akhbar-akhbar utama dan stesen televisyen Malaysia - kebanyakannya dimiliki parti campuran yang memerintah - sering dimuatkan dengan berita dan rencana mengenai pencapaian kerajaan negara itu menjelang pilihan raya umum 8 Mac ini.
Pandangan parti-parti pembangkang jarang disiarkan.
Namun, menerusi Internet, parti-parti tersebut telah mula berkempen dengan giatnya di alam siber untuk menarik perhatian para pengundi muda, kawasan bandar dan berpendidikan.
'Mereka menguasai televisyen tetapi sekarang kami ada YouTube,' kata Lee Sean Li, 31 tahun, seorang akauntan yang sering melayari Internet bagi mendapatkan berita dan pandangan alternatif, khususnya mengenai parti-parti pembangkang.
Lee memberitahu AFP beliau gembira melihat pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang, menyiarkan ucapannya mengenai pilihan raya mendatang di Internet, hanya selang beberapa minit selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membubarkan parlimennya awal bulan ini.
'Saya kagum terhadap sikap profesional beliau dan kebijakan beliau menggunakan teknologi,' kata Lee.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment