Dijangka beberapa DUN dan Parlimen dijangka akan membuat bantahan terhadap perisytiharan yang dibuat oleh Idris Jusoh.
Idris Isytihar Calun Pilihannya - Pak Rosli Paling Sedih

Kuala Terengganu, 20 Feb – Tindakan Idris Jusoh mengisytiharkan calun-calun pilihannya sendiri untuk bertanding bagi pihak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum(PRU) ke 12 menjadi kejutan dan tidak diduga samasekali oleh ahli-ahli dan kepimpinan UMNO.
Selain majlis peristytiharan ‘kelam-kabut’ dan tanpa persiapan sewajarnya, calun-calun yang disenaraikan oleh Idris dilihat sebagai satu ‘hukuman bunuh’ kepada semua tokoh-tokoh yang dikatakan bermasalah serta peluang Idris untuk menghapuskan saingan dan ‘musuh’ politiknya.

Musuh politik Man Bakar, bekas Exco Pelajaran Negeri, Dato’ Dr Latiff, bekas ahli Parlimen Dungun Pak Rosli dan bekas Timbalan Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu juga mengalami nasib yang sama dengan Man Bakar. Manakala bekas Exco Pertanian Negeri Mad Jidin ditukarkan kepada kerusi Palimen Setiu.
Justeru ramai dikalangan orang UMNO dan PAS sendiri yang merasa pelik dan hairan terhadap tindakan Idris

Majlis yang diadakan di rumah kediaman rasmi beliau di Batu Burok, hanya dihiasi dengan bendera ‘dacing’ yang di tampal di tepi dinding dengan keadaan bilik yang terlalu kecil dan tidak selesa. Semua media yang hadir merungut dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap majlis perisytiharan calun UMNO/BN yang kebiasaannya di buat di pejabat Perhubungan Negeri.
Antara mereka yang digugurkan, Pak Rosli kelihatan paling sedih. Mukanya berubah secara tiba-tiba apabilanya Idris mengumumkan Matulidi Jusoh, seorang yang tidak dikenali, menggantikan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Dungun.
Walaupun Pak Rosli cuba menyembunyikan kesedihannya, namun ketika ditemubual media, jelas kelihatan, matanya menjadi agak merah, menahan perasaan. Beliau memang tidak

Sementara itu beberapa DUN dan Parlimen dijangka akan membuat bantahan terhadap perisytiharan yang dibuat oleh Idris Jusoh. Antaranya DUN Seberang Takir, Parlimen Marang, Parlimen Dungun dan DUN Jabi.
Walaupun dihadapan media selepas Idris selesai membuat perisytiharan, masing-masing cuba menunjukkan air muka yang tidak menentang dan cuba berpuashati, namun jauh disudut hati masing-masing perasaan kelat dan pedih mencengkam disanubari.
0 comments:
Post a Comment