KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

JPN TAHAN KAD PENGENALAN


kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kira-kira empat tahun lalu, kehidupan Mat Som Molan, 55, serba tidak menentu semuanya gara-gara kad pengenalan miliknya 'disimpan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Semuanya bermula pada 11 Oktober 2004 ketika Mat Som ingin membuat pasport antarabangsa dan oleh kerana sijil kelahirannya telah hilang maka beliau pergi ke JPN untuk membuatnya semula sebelum kad pengenalannya ditahan.

"Mereka mengambil kad pengenalan saya dengan alasan saya terbabit memalsukan surat beranak anak saya yang telah meninggal dunia sejak 33 tahun lalu untuk membuat kad pengenalan palsu bagi seorang warga Indonesia.

"Pada hal, saya tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu kerana saya telah berpisah dengan isteri pertama 33 tahun lalu, malah saya sendiri tidak sempat mengenali anak kedua saya yang meninggal itu," katanya kepada KOSMO! semalam.

Tambahnya, dalam tempoh empat tahun itu, pelbagai kesukaran terpaksa ditanggungnya antaranya dia tidak boleh membuka akuan bank serta membuat sebarang pinjaman.

"Saya bertugas sebagai pemandu di syarikat bas RapidKL. Gaji pekerja sepatutnya didebitkan ke dalam akuan Bank Rakyat tetapi hanya saya seorang sahaja yang terpaksa menggunakan akuan Maybank kerana tidak boleh membuka akuan Bank Rakyat.

"Akibatnya gaji saya sentiasa lewat dua hari berbanding pekerja lain," jelasnya sambil memberitahu sejak itu terpaksa menggunakan surat akuan pengenalan sahaja untuk menjalankan pelbagai urusan.

Cerita Mat Som lagi, dia juga terpaksa membuat pinjaman modal daripada 'ah long' kerana bank tidak mahu meluluskan permohonan pinjaman peribadi atas alasan tidak memiliki kad pengenalan.

Mat Som yang buta huruf juga merasa pelik bagaimana pihak JPN boleh mendakwa dia terbabit memalsukan kad pengenalan kerana sepatutnya surat beranak itu berada dalam simpanan pihak polis.

"Ini kerana, selepas kematian seseorang itu dilaporkan, keluarga hanya dibolehkan menyimpan sijil kematian sahaja," katanya.

Menurut Mat Som, dia percaya dirinya telah dianiaya oleh pihak tertentu tetapi kesal dengan tindakan JPN yang sengaja menyimpan kad pengenalannya sehingga empat tahun tanpa sebarang status.

"Saya tidak kisah jika mereka ingin menyiasat dakwaan yang mengatakan saya terbabit kerana saya tahu saya tidak bersalah tetapi kenapa masa selama empat tahun diambil untuk menyimpan kad pengenalan saya," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mat Nor ketika dihubungi memberitahu, proses siasatan memang mengambil masa kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Masa yang lama diambil bertujuan mengumpul bukti sepenuhnya agar proses pendakwaan dapat dilakukan dengan mudah," katanya.

Jelasnya, kertas siasatan terhadap Mat Som dibuka kerana dia dipercayai menjadi penganjur kepada 'penyamar' yang menggunakan sijil kelahiran orang yang telah mati (anak) untuk memalsukan kad pengenalan.

Menurutnya lagi, JPN telah menyenaraihitamkan nama Mat Som sehingga siasatan selesai dan dia perlu hadir ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kemungkinan mangsa dianiaya, Jainisah memberitahu, pihaknya menyiasat berhubung kemungkinan itu.

"Kami telah meminta Mat Som hadir melalui surat pada Jun 2007 tetapi dia gagal berbuat demikian. Sehubungan itu saya meminta dia hadir dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive