Oleh Bernama
SA: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco daripada parti itu diarahkan menyumbang 30 peratus daripada elaun asas setiap bulan kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain melahirkan ADUN dan Exco yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.
"PAS Selangor akan melaksanakan program-program kebajikan bagi setiap rakyat seperti yang terkandung dalam tawaran pilihan raya yang lepas," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.
Di samping itu, beliau berkata semua Exco, anggota Parlimen dan Adun dari parti itu juga diwajibkan membuat perisytiharan harta di samping tidak terlibat dalam perniagaan secara langsung.
No2umnO - Kalau wakil rakyat UMNO, nak cari lagi 300% dari gaji yang dapat. Itu lah bezanya UMNO dan PAS. Macam Khir toyo .... berapa nak donate kat rakyat?
Mar 14, 2008
"30 peratus dari elaun wakil rakyat PAS Selangor untuk rakyat" Hassan Ali
Labels: PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
To Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali,
This is what, the malaysians would like to hear.
Hope more good things will come and similar efforts putting in by other opposition parties.
P.A.S - I salute you.
p/s: I voted for you, but B.N still won the majority in my area. Hope in the 13th G.E, the tsunami will come to Melaka.
Post a Comment