KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 13, 2008

AWAS 'BERNAMA' CUBA CETUS API PERKAUMAN

Guan Eng nafi keluar kenyataan perkauman
utusan

PULAU PINANG 13 Mac – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menafikan bahawa beliau membuat kenyataan yang cuba memarakkan ketegangan kaum di negara ini semasa mengumumkan tindakan kerajaan negeri pimpinannya mahu melaksanakan dasar yang bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Katanya, tiada sebarang unsur perkauman yang diketengahkan dalam kenyataannya pada hari pertama memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dan mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri yang baru itu tidak akan meminggirkan kepentingan mana-mana kaum.

Beliau berkata, apa yang penting bagi kerajaan negeri pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ialah menjalankan pentadbiran kerajaan yang bebas daripada DEB, yang disifatkannya membuka peluang kepada wu judnya kronisme, rasuah dan ketidakcekapan.

``DAP pasti menyokong DEB jika tujuannya untuk membasmi kemiskinan dilaksanakan dengan baik,’’ kata nya ketika diminta mengulas amaran Perdana Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi kepadanya supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan kete gangan kaum.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri I dan II, iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr. P.Ramasamy serta lapan lagi anggota Exco kerajaan negeri di sini. – Bernama

Benar bagai dikata. Ada pihak yang cuba cetus api perkauman. Persoalan dari wartawan sering di jawab oleh pemimpin dengan tujuan yang berbeza. Bertanya atau mensensasikan satu jawapan itu tertakluk kepada tujuan pemberita dan bagaimana berita itu diolah. Sebelum ini sudah ada desas desus tentang sms yang beredar dengan ura ura untuk mencetuskan api perkauman dan nampaknya berita arus perdana cuba memperbesar besarkan isu tersebut.

Awas !!! Pertimbangan anda diperlukan ketika membaca berita berita seperti diatas. Terlalu emosional tanpa menggunakan akal yang waras akan membawa anda kepada satu senario yang menakutkan. Hindari berita seperti ini dan waspada kerana usaha sesetengah pihak untuk mengembali kan suasana peristiwa 13 Mei.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive