Hah. !!! .. Kalau kisah Tajol Rosli menangis dan mengunci pintu biliknya sudah ramai yang tahu, tapi kisah Khir Toyo menangis mungkin satu berita yang menarik.
Kisah ini diceritakan oleh penyokong UMNO yang berada di dewan mengira undi di Sungai Panjang, tempat bertandingnya Khir Toyo pada tahun ini.
Ketika itu pengiraan sudah selesai dan beliau dikatakan sedang sibuk bercerita tentang kejayaan mereka disana. Namun beberapa ketika selepas itu, panggilan talipon yang kerap masuk ke talian talipon beliau menjadikan dirinya tidak tentu arah.
Hakikatnya, keputusan sudah diketahui lebih awal. Di Meru, Banting, Kota Raja, di Shah Alam, Subang dan hampir semua tempat sudah diketahui, cuma di TV, keputusan dilewat lewatkan.
Namun dengan kecanggihan dunia sekarang, setiap kawasan yang selesai mengira undi akan menalipon DS Khir Toyo untuk perkembangan. Dan menyedihkan hampir kebanyakan tempat melapurkan berita kekalahan.
Mood beliau bertukar menjadi marah dan beliau bergegas pergi. Beliau dikatakan meninggalkan tempat pengiraan itu dan membiarkan penyokong nya tercengang cengang melihat karenah pemimpin mereka yang sudah berubah angin.
Yang menariknya, beliau meninggalkan sekali pemandunya dan memandu sendirian sambil menangis. Untuk beberapa jarak pemanduan, beliau tidak sedar memandu di dalam keadaan gelap tanpa memasang lampu kenderaan.
Begitu lah kecewanya Khir Toyo ketika itu yang tidak menyangka bahawa kekalahan kali ini sungguh diluar dugaan. Maka selepas beberapa ketika berpecah lah penyokong UMNO dan BN ke haluan masing masing sambil bercerita tentang peristiwa tersebut.
Apa? Pemandu itu? Terpaksalah tumpang kawan dan tidak diketahui dimana pemandu itu tidur pada malam tersebut.
Sesungguhnya, Pilihanraya ke 12 kali ini memberikan pelbagai cerita menarik. Yang menangis kerana kalah, yang pening kerana wang langsai dan tidak kurang juga yang ditahan oleh POLIS kerana menyerang pihak lawan. Ini semua kerana BN kerap menang dan tidak pernah berhadapan dengan kekalahan. Akibatnya ramai yang hampir gila dan sasau.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment