Kenapa Dollah Badawi, Perdana Menteri yang baru dilantik itu membatalkan program pentingnya untuk menyerahkan jawatan pengerusi OIC di Senegal. Sekadar diwakili oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Mungkin PM takut digulingkan oleh Najib kot memandangkan kedudukan BN agak goncang dan keyakinan Umno terhadapnya kian terhakis. Atau bimbang wakil-wakil BN terutama di Sarawak dan Sabah akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, PM in waiting? BA hanya perlukan 30 ahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru!
Detikdaily
DAKAR, 12 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh kini berada di ibu negara Senegal ini untuk secara rasminya menyerahkan jawatan pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kepada negara di barat Afrika itu, bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa, Duta Besar Malaysia ke Senegal Datuk Jamaiyah M. Yusuf dan para pegawai Malaysia yang lain.
Malaysia akan menyerahkan jawatan pengerusi itu pada upacara perasmian Sidang Kemuncak OIC ke-11 bermula Khamis ini di Hotel Meridien President di sini selepas menjadi pengerusi pertubuhan 57 anggota itu sejak Oktober 2003.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment