Email: efendi.hassan@gmail.com
Saya tidak faham, mengapa di saat kita berusaha merealisasikan sebuah kerajaan rakyat dan ketika majoriti rakyat memilih untuk memberikan mandat kepada gagasan baru dengan meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk melihat sebuah pentadbiran yang telus dan berkebajikan, Harapan ini direntap oleh sikap "pemimpin kadok" yang membantut dan meranapkan segala harapan yang digilap oleh rakyat.
Sikap pemimpin yang tidak berusaha mendapatkan gambaran sesuatu isu secara lengkap dan menyeluruh menyebabkan mereka dengan mudah melatah dan mengeluarkan kenyataan yang benar-benar merosakkan perkembangan positif yang sedang berlaku. Kita mungkin dapat menerima kenyataan-kenyataan ini sekiranya ianya keluar dari penyokong-penyokong yang terlalu bersemangat dengan kejayaan ini, tetapi amat memalukan mempunyai seorang pemimpin yang mengeluarkan kenyataan dangkal sebegini, seolah-olah menggambarkan mentaliti mereka yang begitu rendah dalam menangani sesuatu isu. Bayangkan jika urusan menentukan calon Menteri Besar dan barisan Exco sudah kecoh dengan pelbagai ugutan seperti menarik diri dari menghadiri sidang angkat sumpah calon Menteri Besar atau mengugut untuk keluar dari gabungan barisan rakyat sekiranya tidak diberikan sejumlah kerusi Exco, bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri .. lagi-lagi untuk mentadbir sebuah negara.
Adakah pemimpin-pemimpin sebegini yang kita harapkan untuk merealisasikan harapan baru Malaysia ini ? Untuk berkhidmat secara ikhlas mempertingkatkan kualiti hidup rakyat ? Atau pemimpin-pemimpin ini tidak ada bezanya dengan pemimpin-pemimpin BN yang berusaha mengumpul kekayaan untuk peribadi dan kroni.
Selaku salah seorang yang menyumbang undi bagi merealisasikan kejayaan Barisan Rakyat, saya menyeru pimpinan barisan rakyat untuk berfikir dan bertindak berasaskan kepada matlamat perjuangan yang diwar-warkan dan semangat setiakawan dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi mereka. Ingat , saudara semua memegang amanah dan kepercayaan yang rakyat berikan dan WALLAHI, TALLAHI kami akan menuntut diatas setiap amanah yang diselewengkan di akhirat nanti. Tak usah lah kita "Bagai itik berebutkan tembolok", melakukan perbalahan untuk keuntungan yang sedikit ..
Wallahuaklam ..
efendi.hassan
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment