KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 13, 2008

AWAS .... RAJA KERIS SUDAH DATANG


Tindakan DAP Hapus DEB Akan Cetus Ketegangan
bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan tindakan DAP menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang sebagai tindakan yang akan mencetuskan ketegangan antara kaum dan menyebabkan ketidakstabilan negara.

Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang usaha untuk menolak DEB pasti membawa kesan negatif terhadap semua pihak dan bukan sahaja orang Melayu kerana DEB selama ini telah berjaya membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"DEB telah memainkan peranan penting dalam menentukan agihan ekuiti dan penyertaan ekonomi yang lebih seimbang, sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di kalangan rakyat majmuk selama ini", katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya dengan membelakangkan dasar ini, akan lebih memburukkan lagi ketidaksamarataan agihan ekonomi di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Beliau berkata kerajaan dan rakyat tidak akan membiarkan sebahagian besar daripada ekonomi negara dikuasai oleh kumpulan minoriti di negara ini tanpa pembelaan terhadap kumpulan majoriti.

"Selama ini DEB telah memainkan peranan dalam memastikan agihan yang sama rata dengan mengekalkan persefahaman antara semua kaum selain membantu membasmi kemiskinan rakyat.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku di beberapa negara semasa krisis kewangan pada 1998, dengan kumpulan majoriti memberontak sehingga berlakunya pertumpahan darah ketika itu," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive