"Saya ingin bertanya kepada DAP kaum manakah yang telah menjadi lebih miskin kerana DEB.Bila baca berita ini, hati wak bertanya. Apa yang dollah cuba katakan adalah 'jangan pinggir bangsa melayu'. Berapa ramai agaknya Melayu di pulau pinang yang berjaya sejak pemerintahan UMNO dan BN selama ini. Yang kaya adalah bangsa Cina dan Mamak. Melayu duduk di pinggir kota mengharap kerja makan gaji dan bertani. Kalau benar benar Dollah nak jadi hero, lama dah Melayu bangun di sana kerana berapa lama dah Dollah jadi menteri? Dia pun orang sana.
"Saya ingin juga memberi peringatan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya jangan menimbulkan keadaan di mana ketegangan antara kaum boleh berlaku," tegas Abdullah yang juga Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.
Beliau berkata kerajaan baru negeri Pulau Pinang tidak harus meminggirkan orang Melayu, yang merupakan kaum minoriti di Pulau Pinang dan kumpulan minoriti yang lain seperti kaum India.
"Jangan pinggirkan orang Melayu dan kumpulan minoriti seperti orang India. Saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng apakah rancangan DAP untuk membantu orang Melayu," kata Dollah Badawi.
Biar apa pun yang dollah katakan, tiada siapa lagi yang percaya. Berkokok macam mana pun tak kan merubah persepsi rakyat tentang UMNO dan perjuangannya.
Nasib baik bukan PATRICK Lim yang jadi menteri. Kalau Patrik LIM mungkin Dollah tak cakap sepatah pun. Dah la Dollah.....buat buat lah berehat. Melayu jatuh kerana UMNO, UMNO jatuh kerana Dollah dan Dollah jatuh kerana Khairy. Tak der siapa yang boleh ubah hakikat ini.
0 comments:
Post a Comment