KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 14, 2008

SAH !!! UJUDNYA PENGUNDI HANTU

Bangkitlah Pengundi Hantu
tranungkite.net

Oleh az78nfs
Saya dari Kerteh Terengganu, bekerja di Petronas dan telah menjadi ahli PAS sejak dari tahun 1991 sehingga sekarang...saya telah mengikuti perkembangan politik Malaysia dan Terengganu sejak dari zaman Wan Mokhtar menjadi MB lagi...Bagaimana kemelut politik yang berintikan harta kekayaan diselongkar selepas kejatuhan kerajaan BN ketangan PAS dlm PRU 10 (1999).

Kerajaan pusat mengunakan kuasa vektornya merampas hak Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak Petronas yang sudah termaktub dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan Petronas. Kerajaan pusat menjanakan dan menyalurkan nilai royalti yang tak terkira banyaknya untuk memancing kembali rakyat Terengganu dengan panggilan wang ehsan yang cuma RM300.

Walaupun cuma RM300, tapi pengaruhnya cukup besar bagi penduduk kampung...mereka tak pernah sedar dan faham, kalau BN tak kalah..mana mungkin mereka dapat wang ehsan...mereka bina appartment 8 tingkat untuk guru..buat pagar baru sekolah dan macam-macam lagilah...duit banyakkan... yang masuk poket tak taulah...

Sebagai warga Petronas Kerteh kami tak takut mengaku kami penyokong PAS...Majority (99.99%) warga Petronas Kerteh, baik orang Terengganu ataupun orang luar yang bekerja disini adalah penyokong PAS!!!! Kami tau apa yang betul dan apa yang salah...berapa billion pendapatan Petronas sehari untuk kerajaan pusat dan negeri....berapa banyak duit petronas dihabiskan untuk menolong anak Mahathir yang berpatah arang tu yang hampir muflis....berapa banyak duit petronas dihabiskan untuk proton dan macam-macam lagi.....Ini bukan cerita dongengan... .

Kami berani menegakkan kebenaran untuk tidak meyokong BN...saya merelakan kerja di Petronas walaupun gaji kecik (sepatutnya gaji setaraf ESSO) tapi hasil untuk negeri dan negara yang kami cintai....

Dahulu saya tak faham apa itu makna KERAJAAN yang sebenar....yang saya tau PAS adalah sentiasa pembangkang sehinggalah PAS menang di Terenganu dalam PRU 10 dan membentuk KERAJAAN negeri yang baru dengan semua ahli exco dan menteri besar dari PAS. Lepas itulah saya faham yang memerintah itu KERAJAAN dan yang kalah itu pembangkang (BN).

Saya rasa masih ramai di luar sana masih tak faham apa makna pembangkang yang sebenar....kerana kita telah mengenali KERAJAAN adalah BN dan BN itu adalah KERAJAAN sejak dulu lagi...

Sehinggalah kerajaan PAS menerima nasib yang amat buruk dengan kekalahan yang teruk pada PRU 11(2004) sehinggakan Tok Guru Haji Abd Hadi sendiri gagal mempertahankan Parlimen Marang dengan majority 163.

Kerana apa? Kerana BN Terengganu dengan bantuan sekutunya membawa masuk pengundi hantu dari luar..bermulalah permainan hantu sehingga PRU 12.

Nasib kembali berulang pada PRU 12...hantu-hantu hanya berjaya disekat di Parlimen Marang dan menang di sana...dengan penahanan anak Tok Guru sendiri. Kajian yang dibuat sebelum PRU 12 melalui senarai pemilih SPR pengundi hantu yang ke Terengganu mengikut kawasan adalah seperti berikut..

Besut-12,292. .Setiu-9, 727..Kuala Nerus-4,766. .KT-9,806. .Marang-6, 494..Hulu Terengganu-4, 026..Dungun- 9,740 dan Kemaman-15,178! ! Ini bukan dongengan... saya sendiri pernah mengikuti bas hantu dan masuk terus ke Balai Polis Kerteh pukul 3 pagi hari mengundi...dan berderet-deret bas dilihat melintasi Kerteh dengan diiringi polis...apa semua ini?

Allah SWT tahu apa yang kau lakukan...jangan lupa pada balasannya.. .kata pepatah melayu kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu...dan itu yang mereka lakukan...kehilanga n Selangor, P.Pinang, Kedah, Perak dan gagal menakluki Kelantan...hantu mereka tak cukup ramai nak menandingi kekuatan pengikut Tok Guru Nik Aziz. Allah mengabuli doa orang-orang yang teraniaya...

Sebagai balasannya, YDPA Tengku Mizan sendiri belum lagi memberi perkenan untuk melantik Idris Jusoh menjadi MB kembali. Idris Jusoh kelihatan sugul sekembalinya dari KL tak seceria wajah selepas mendapat keputusan kemenangan dan mewawarkan keesokan harinya terus mengadap untuk perlantikan MB dan barisan Exco yang baru...balasan dari Allah pada orang yang menganiaya.

Kepada pengundi-pengundi hantu di luar sana...bangkitlah untuk kebenaran..mengakul ah dan bertaubatlah moga Allah mengampuni kamu. Ingatlah Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan doa orang-orang teraniaya akan dimakbulkan Allah, Insyaallah. Segala yang baik itu datang dariNYA dan yang buruk itu adalah diri saya sendiri. Wallahualam.
"

2 comments:

Anonymous said...

Askum Wak Raden,

Opo seng kue ngomong kui beneran... boleh ke cakap jawa???? takyah le. Aku ada anak sedara (perempuan)umur 21T belajar di UTP Tronoh. Tup2 dia telah didaftar sebagai pengundi di Kuala Terengganu walhal dia orang Melaka.

Bila masa dan apa hal budak ni didaftarkan di sana? Cilaka besar kpd siapa yang menipu. Dunia lepas..... akhirat JAWAB!!!!!

radenjowo said...

Ben kawos BN. Arek ngapusi pun kalah jugak. OPO reko wong jowo jugak? Nyong kenek ngomong jowo tapi jowo kasar, sing halus rak iso.

Posting terkini

Blog Archive