"Saya sudah bagi watikah kepada Shahidan’’ - Abdullah
Bernama
PUTRAJAYA 14 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah menyerah kan surat watikah kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, yang membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dan membentuk barisan Exco negeri itu.
“Saya telah bagi surat watikah kepada Datuk Seri Shahidan Kassim, yang menjadi pengerusi badan perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri Perlis, yang telah menang (dalam pilihan raya yang baru lalu).
“Surat watikah itu adalah untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Mulia Raja Perlis supaya dia (Shahidan) dilantik sebagai Menteri Besar dan tubuh kerajaan negeri Perlis,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.
Abdullah berkata demikian setelah diminta mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Raja Perlis, Moh Adib Zakaria, yang hari ini yang mengumumkan bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan melantik anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bin tong (ADUN), Datuk Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar negeri itu.
Moh Adib berkata, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ra mai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.
Mar 14, 2008
WATIKAH DAH BAGI TAPI KENA 'REJECT'
Labels: Alahai Shahidan Kassim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sapa bagi WATIKAH? EIHHHHHHH BEDOLAH, YANG AKU TAU RAJA/SULTAN SELALU BAGI WATIKAH PERLANTIKAN...UNDUR LAH!
ouuh tak dapatlah lagi kakitangan kerajaan dijemput ramai-ramai buka posa dan terima beras,gula,kopi dari Yayasan Pok dan Kassim....
----------------------------------
kemarin:
"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti.
"Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.
sekarang
Camana Bang Dan ?, Md Isa Sabu jadi MB ada Dr. juga, ramai sungguh ada Dr. lanie?...habih pakat nak LELUAQ UMNO ka? kalau tak setuju, malu..........
DAULAT TUANKU RAJA!!!!
Post a Comment